Jabatan Pendidikan Perubatan

Pertukaran Kakitangan – Cik Nur Bariah Ahmad Razali

PERTUKARAN KAKITANGAN – CIK NUR BARIAH AHMAD RAZALI 10 Oktober 2024 TERKINI. Dimaklumkan bahawa Cik Nur Bariah Ahmad Razali, Pembantu Tadbir (P/O) N22 telah ditukarkan ke Pusat Jaringan Industri & Komuniti, UKM Bangi berkuatkuasa pada 10 Oktober 2024. Pihak jabatan ingin mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih yang tidak terhingga di atas khidmat dan jasa Cik Nur Bariah Ahmad Razali sepanjang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM. Dengan ingatan tulus ikhlas dan terima kasih daripada Ahli Jabatan Pendidikan Perubatan. Selamat Maju Jaya Berita lain Pertukaran Kakitangan – Cik Nur Bariah Ahmad Razali Baca lagi 10/10/2024 Bengkel Hands-on Table 4 Pascasiswazah Baca lagi 02/10/2024 Tahniah Prof. Madya Dr. Mohamad Nurman Yaman Baca lagi 30/07/2024 Bengkel Houseman Prepatory Workshop Baca lagi 30/05/2024 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan 2024 Baca lagi 12/01/2024 Kajian Kepuasan Pelangan Jabatan Pendidikan Perubatan 2023 Baca lagi 16/06/2023  

Bengkel Hands-on Table 4 Pascasiswazah

BENGKEL HANDS-ON TABLE 4 PASCASISWAZAH 01 Oktober 2024 Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perubatan dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Sains Perubatan dan Kesihatan Malaysia (MAEHMS) akan menganjurkan Bengkel Hands-on Table 4 Pascasiswazah.  Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bengkel: Tarikh: 19 Oktober 2024 (Sabtu) Masa: 08:00 Pagi sehingga 05:00 Petang Tempat: Ruang AktivUKM (Alpha), Jabatan Pendidikan Perubatan, Blok Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Puan Siti Zubaidah Abdul Karib Tel: 03-9145 8773  |  Emel: jppfper@ukm.edu.my Daftar Sekarang Berita lain Bengkel Hands-on Table 4 Pascasiswazah Baca lagi 02/10/2024 Tahniah Prof. Madya Dr. Mohamad Nurman Yaman Baca lagi 30/07/2024 Bengkel Houseman Prepatory Workshop Baca lagi 30/05/2024 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan 2024 Baca lagi 12/01/2024 Kajian Kepuasan Pelangan Jabatan Pendidikan Perubatan 2023 Baca lagi 16/06/2023 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/04/2023  

Tahniah Prof. Madya Dr. Mohamad Nurman Yaman

TAHNIAH PROF. MADYA DR. MOHAMAD NURMAN YAMAN 30 Julai 2024 Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohamad Nurman Yaman, Pensyarah Perubatan Jabatan Pendidikan Perubatan yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred 54 yang berkuatkuasa pada 25 Jun 2024 yang lalu. Berita lain Bengkel Houseman Prepatory Workshop Baca lagi 30/05/2024 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan 2024 Baca lagi 12/01/2024 Kajian Kepuasan Pelangan Jabatan Pendidikan Perubatan 2023 Baca lagi 16/06/2023 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/04/2023 Bengkel Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/05/2022 Lawatan wakil UPM ke JPP Baca lagi 11/03/2022  

Bengkel Houseman Prepatory Workshop

BENGKEL ‘HOUSEMAN PREPATORY WORKSHOP’ ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN 11 Mei 2024 Pada 11 Mei 2024 (Sabtu) yang lalu, Jabatan Pendidikan Perubatan telah berjaya menjalankan satu bengkel ‘Houseman Prepatory Workshop‘ yang telah disertai oleh para peserta yang terdiri daripada para pelajar perubatan yang baru menamatkan pengajian di bidang perubatan. Bengkel yang telah dijalankan di Dewan Kuliah & Makmal Skil Klinikal, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan persediaan sebelum mereka memasuki program ‘Housemanship’ di hospital. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) turut dimeriahkan dengan para penceramah seperti Dr. Rafidah Abdullah, Pakar Nefrologi (KKM) dan beberapa penceramah lain dari dalam & luar UKM. Berikut adalah gambar-gambar semasa program dijalankan. Gambar oleh Ahmad Syafiq Yusof Gambar selebihnya Berita lain Bengkel Houseman Prepatory Workshop Baca lagi 30/05/2024 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan 2024 Baca lagi 12/01/2024 Kajian Kepuasan Pelangan Jabatan Pendidikan Perubatan 2023 Baca lagi 16/06/2023 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/04/2023 Bengkel Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/05/2022 Lawatan wakil UPM ke JPP Baca lagi 11/03/2022

Pencarian ‘GP’ Untuk Modul Sains Klinikal Sesi 2023/2024 (Tahun 2024)

PENCARIAN ‘GP’ UNTUK SESI PENGAJARAN MODUL SAINS KLINIKAL TAHUN 1 SEMESTER 2 SESI 2023/2024 (TAHUN 2024) 26 Januari 2024 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan, Dilampirkan maklumat mengenai pencarian ‘GP’ untuk sesi pengajaran Modul Sains Klinikal Tahun 1 Semester 2 Sesi 2023/2024 (Tahun 2024). Sebarang persoalan atau maklumat lanjut, sila hubungi: Puan Siti Zubaidah Abdul KaribJabatan Pendidikan PerubatanFakulti Perubatan UKM Emel: aidakarib@ukm.edu.myTel. Pejabat: 03-9145 8773Tel. Bimbit: 013-385 3356 Berita Lain Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan 2024 Baca lagi 12/01/2024 Kajian Kepuasan Pelangan Jabatan Pendidikan Perubatan 2023 Baca lagi 16/06/2023 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/04/2023 Bengkel Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/05/2022 Lawatan wakil UPM ke JPP Baca lagi 11/03/2022 Berita lagi

Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan 2024

PELANTIKAN SEBAGAI KETUA JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN 12 Januari 2024 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan Adalah dimaklumkan bahawa Dr. Mohammad Arif Kamarudin telah dilantik untuk menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 08 April 2024 sehingga 07 Januari 2027. Tahniah Dr. Mohammad Arif Kamarudin di atas pelantikan ini. Berita Lain Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan 2024 Baca lagi 12/01/2024 Kajian Kepuasan Pelangan Jabatan Pendidikan Perubatan 2023 Baca lagi 16/06/2023 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/04/2023 Bengkel Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/05/2022 Lawatan wakil UPM ke JPP Baca lagi 11/03/2022 Berita lagi

Anugerah Inovasi Laman Sesawang

KEJAYAAN & PENGHARGAAN ANUGERAH INOVASI LAMAN SESAWANG(ANUGERAH SANJUNGAN KENCANA) 9 OGOS 2023 Jabatan Pendidikan Perubatan telah memenangi Anugerah Inovasi Laman Sesawang di Anugerah Sanjungan Kencana Ke-4 2023 yang telah dijalankan pada 27 Julai 2023 yang lalu.Nama Laman SesawangLaman Sesawang Jabatan Pendidikan PerubatanAlamat Laman Sesawanghttps://www.ukm.my/jppfper/msPengenalan Laman sesawang Jabatan Pendidikan Perubatan yang tersedia untuk dua bahasa serta responsif ini merupakan laman sesawang yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di JPP. Berfungsi sebagai rujukan yang mengetengahkan JPP sebagai sebuah jabatan yang terlibat secara langsung di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Perubatan. Laman sesawang yang mempunyai maklumat penting berkaitan jabatan adalah sangat penting kepada fakulti sebagai sumber informasi yang utama. Sesuai dengan itu, reka bentuk yang padat dengan informasi serta menarik dapat memberikan impak kepada pelawat untuk menarik pengguna menggunakan laman sesawang dengan mudah dan berkesan. Pentadbir Laman Sesawang Ahmad Syafiq YusofJuruteknologi Makmal PerubatanJabatan Pendidikan PerubatanFakulti PerubatanUniversiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah Inovasi Proses Pengurusan & Pentadbiran

KEJAYAAN & PENGHARGAAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN & PENTADBIRAN(ANUGERAH SANJUNGAN KENCANA) 9 OGOS 2023 Jabatan Pendidikan Perubatan telah memenangi Anugerah Inovasi Proses Pengurusan & Pentadbiran di Anugerah Sanjungan Kencana Ke-4 2023 yang telah dijalankan pada 27 Julai 2023 yang lalu.Tajuk InovasiTempahan dan Statistik Makmal Simulasi Asas (MSA), Jabatan Pendidikan PerubatanPengenalan Inovasi Sistem tempahan yang dihasilkan ini adalah untuk memudahkan para pelajar melakukan tempahan bilik untuk menjalankan pembelajaran prosedur ke atas manikin serta membantu para pentadbir mengawal selia tempahan pelajar dengan lebih teratur dan sistematik. Terdapat 36 prosedur yang ditawarkan untuk 13 bilik makmal di Makmal Simulasi Asas dan tempahan akan menjadi tidak teratur sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan akan menyukarkan pentadbir untuk menyemak dan menguruskan tempahan. Menggunakan sistem ini, para pelajar akan melakukan tempahan di pejabat atau menggunakan link yang telah dipautkan kepada website Jabatan Pendidikan Perubatan (https://www.ukm.my/jppfper/ms/msa/). Pelajar dapat melihat dan menyemak kekosongan slot tempahan berdasarkan bilik dan menyemak status tempahan. Melalui data-data ini juga, statistik penggunaan makmal oleh pelajar dan pengguna dapat dicerap secara automatik tanpa perlu melakukan statistik secara manual. Pautan Sistemhttps://lookerstudio.google.com/reporting/e41eff4a-c00f-4574-be5f-c57f4dbfba9c/page/p_z1ovtbss1c Ahli Kumpulan Ketua Kumpulan Ahmad Syafiq Yusof Ahli Kumpulan Saiful BahariYusoff Ahli Kumpulan Siti ZubaidahAbdul Karib Ahli Kumpulan RosidahRamli Ahli Kumpulan Sinar SuriyaMuhammad

Kajian Kepuasan Pelangan Jabatan Pendidikan Perubatan 2023

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN TAHUN 2023 16 Jun 2023 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan, Dengan segala hormatnya sukacita menjemput YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan kajian kepuasan pelanggan ini. Segala maklum balas, cadangan dan komen yang diberikan akan digunakan sebagai input penambahbaikan terhadap perkhidmatan kami kepada semua pihak pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Url :https://forms.gle/D68F1z8uzcE3NiUe6   Berita Lain Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/04/2023 Bengkel Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/05/2022 Lawatan wakil UPM ke JPP Baca lagi 11/03/2022 Tempahan Ruang JPP Baca lagi 22/02/2022 Pengambilan Program Pascasiswazah Baca lagi 25/06/2021

Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan

PELANTIKAN SEBAGAI KETUA JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN 10 April 2023 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan Adalah dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Hafidzul Jasman telah dilantik untuk menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 10 April 2023 09 April 2026. Tahniah Dr. Mohd Hafidzul Jasman di atas pelantikan ini. Berita Lain Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/04/2023 Bengkel Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/05/2022 Lawatan wakil UPM ke JPP Baca lagi 11/03/2022 Tempahan Ruang JPP Baca lagi 22/02/2022 Pengambilan Program Pascasiswazah Baca lagi 25/06/2021