BENGKEL 'HOUSEMAN PREPATORY WORKSHOP' ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN
11 Mei 2024
Pada 11 Mei 2024 (Sabtu) yang lalu, Jabatan Pendidikan Perubatan telah berjaya menjalankan satu bengkel ‘Houseman Prepatory Workshop‘ yang telah disertai oleh para peserta yang terdiri daripada para pelajar perubatan yang baru menamatkan pengajian di bidang perubatan. Bengkel yang telah dijalankan di Dewan Kuliah & Makmal Skil Klinikal, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan persediaan sebelum mereka memasuki program ‘Housemanship’ di hospital. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) turut dimeriahkan dengan para penceramah seperti Dr. Rafidah Abdullah, Pakar Nefrologi (KKM) dan beberapa penceramah lain dari dalam & luar UKM.
Berikut adalah gambar-gambar semasa program dijalankan.