Jabatan Pendidikan Perubatan

Tahniah Prof. Madya Dr. Mohamad Nurman Yaman

TAHNIAH PROF. MADYA DR. MOHAMAD NURMAN YAMAN 30 Julai 2024 Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohamad Nurman Yaman, Pensyarah Perubatan Jabatan Pendidikan Perubatan yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred 54 yang berkuatkuasa pada 25 Jun 2024 yang lalu. Berita lain Bengkel Houseman Prepatory Workshop Baca lagi 30/05/2024 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan 2024 Baca lagi 12/01/2024 Kajian Kepuasan Pelangan Jabatan Pendidikan Perubatan 2023 Baca lagi 16/06/2023 Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/04/2023 Bengkel Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/05/2022 Lawatan wakil UPM ke JPP Baca lagi 11/03/2022  

Anugerah Inovasi Laman Sesawang

KEJAYAAN & PENGHARGAAN ANUGERAH INOVASI LAMAN SESAWANG(ANUGERAH SANJUNGAN KENCANA) 9 OGOS 2023 Jabatan Pendidikan Perubatan telah memenangi Anugerah Inovasi Laman Sesawang di Anugerah Sanjungan Kencana Ke-4 2023 yang telah dijalankan pada 27 Julai 2023 yang lalu.Nama Laman SesawangLaman Sesawang Jabatan Pendidikan PerubatanAlamat Laman Sesawanghttps://www.ukm.my/jppfper/msPengenalan Laman sesawang Jabatan Pendidikan Perubatan yang tersedia untuk dua bahasa serta responsif ini merupakan laman sesawang yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di JPP. Berfungsi sebagai rujukan yang mengetengahkan JPP sebagai sebuah jabatan yang terlibat secara langsung di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Perubatan. Laman sesawang yang mempunyai maklumat penting berkaitan jabatan adalah sangat penting kepada fakulti sebagai sumber informasi yang utama. Sesuai dengan itu, reka bentuk yang padat dengan informasi serta menarik dapat memberikan impak kepada pelawat untuk menarik pengguna menggunakan laman sesawang dengan mudah dan berkesan. Pentadbir Laman Sesawang Ahmad Syafiq YusofJuruteknologi Makmal PerubatanJabatan Pendidikan PerubatanFakulti PerubatanUniversiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah Inovasi Proses Pengurusan & Pentadbiran

KEJAYAAN & PENGHARGAAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN & PENTADBIRAN(ANUGERAH SANJUNGAN KENCANA) 9 OGOS 2023 Jabatan Pendidikan Perubatan telah memenangi Anugerah Inovasi Proses Pengurusan & Pentadbiran di Anugerah Sanjungan Kencana Ke-4 2023 yang telah dijalankan pada 27 Julai 2023 yang lalu.Tajuk InovasiTempahan dan Statistik Makmal Simulasi Asas (MSA), Jabatan Pendidikan PerubatanPengenalan Inovasi Sistem tempahan yang dihasilkan ini adalah untuk memudahkan para pelajar melakukan tempahan bilik untuk menjalankan pembelajaran prosedur ke atas manikin serta membantu para pentadbir mengawal selia tempahan pelajar dengan lebih teratur dan sistematik. Terdapat 36 prosedur yang ditawarkan untuk 13 bilik makmal di Makmal Simulasi Asas dan tempahan akan menjadi tidak teratur sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan akan menyukarkan pentadbir untuk menyemak dan menguruskan tempahan. Menggunakan sistem ini, para pelajar akan melakukan tempahan di pejabat atau menggunakan link yang telah dipautkan kepada website Jabatan Pendidikan Perubatan (https://www.ukm.my/jppfper/ms/msa/). Pelajar dapat melihat dan menyemak kekosongan slot tempahan berdasarkan bilik dan menyemak status tempahan. Melalui data-data ini juga, statistik penggunaan makmal oleh pelajar dan pengguna dapat dicerap secara automatik tanpa perlu melakukan statistik secara manual. Pautan Sistemhttps://lookerstudio.google.com/reporting/e41eff4a-c00f-4574-be5f-c57f4dbfba9c/page/p_z1ovtbss1c Ahli Kumpulan Ketua Kumpulan Ahmad Syafiq Yusof Ahli Kumpulan Saiful BahariYusoff Ahli Kumpulan Siti ZubaidahAbdul Karib Ahli Kumpulan RosidahRamli Ahli Kumpulan Sinar SuriyaMuhammad

Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan

PELANTIKAN SEBAGAI KETUA JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN 10 April 2023 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan Adalah dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Hafidzul Jasman telah dilantik untuk menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 10 April 2023 09 April 2026. Tahniah Dr. Mohd Hafidzul Jasman di atas pelantikan ini. Berita Lain Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/04/2023 Bengkel Pendidikan Perubatan Baca lagi 13/05/2022 Lawatan wakil UPM ke JPP Baca lagi 11/03/2022 Tempahan Ruang JPP Baca lagi 22/02/2022 Pengambilan Program Pascasiswazah Baca lagi 25/06/2021

Terima Kasih Dr. Mohamad Nurman Yaman

KEJAYAAN & PENGHARGAAN 18 MAC 2023 Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih kepada Dr. Mohamad Nurman Yamandi atas sumbang bakti & jasa sebagai Ketua Jabatan Pendikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.

Pelantikan sebagai Penyelaras HEP

KEJAYAAN & PENGHARGAAN 8 FEBRUARI 2023 Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohammad Arif Kamarudin di atas pelantikan sebagai Penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP) Fakulti Perubatan.