18 Oktober 2019

Perasmian Makmal Simulasi Asas

Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan Makmal Simulasi Asas

SIM_0005


Makmal Simulasi Asas (Basic Simulation Lab) di Fakulti Perubatan UKM telah ditubuhkan pada tahun 2019 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perubatan UKM dan Jawatankuasa SIM@UKM di bawah Program SIM@UKM: Transformasi Pembelajaran Era Pendidikan 4.0. Perasmian makmal telah disempurnakan oleh Prof. Dato Ir. Dr. Mohd Marzuki bin Mustafa, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa pada 18 Oktober 2019.

Terdapat 14 buah bilik merangkumi 35 prosedur di Makmal Simulasi Asas yang terletak di Tingkat 4, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM yang direka untuk memudahkan sesi pengajaran dalam kumpulan kecil, sesi latihan di bawah pengawasan dan juga pembelajaran kendiri (self-directed learning) melalui modul dan video yang disediakan kepada para pengguna dan pelajar khususnya. Bilik-bilik tersebut dilengkapi dengan susun atur peralatan dan perabot yang mencerminkan konsep klinikal disamping kelengkapan komputer. Seramai 6 orang Juruteknologi Makmal Perubatan ditempatkan untuk mengendalikan Makmal Simulasi Asa dan Makmal Skil Klinikal. Para pelajar dan pensyarah boleh menempah dan menggunakan bilik-bilik tersebut mengikut kesesuaian masing-masing dan rekod penggunaan serta statistik penggunaan dikelolakan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan dan dipantau oleh pensyarah yang bertanggungjawab dari Jabatan Pendidikan Perubatan UKM.

Struktur Organisasi

Struktur Organisasi Makmal Simulasi Asas

Waktu Operasi Pejabat

Isnin – Khamis
8.00am – 1.00pm
2.00pm – 5.00pm

Jumaat
8.00am – 12.15pm
2.45pm – 5.00pm

Isnin – Khamis
8.00am – 1.00pm
2.00pm – 5.00pm

Jumaat
8.00am – 12.15pm
2.45pm – 5.00pm

Hubungi Kami

Makmal Simulasi Asas
Jabatan Pendidikan Perubatan
Aras 13 & 4, Blok Praklinikal
Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel : 03-9145 8768 / 8773
Web : www.ukm.my/jppfper/msa

Pautan Pantas

» Pengenalan
» Senarai Prosedur
» Tempahan
» Hubungi Kami
» Jabatan Pendidikan Perubatan

» Pengenalan
» Senarai Prosedur
» Tempahan
» Hubungi Kami
» Jabatan Pendidikan Perubatan

© Jabatan Pendidikan Perubatan 2022