Jabatan Pendidikan Perubatan

MAKMAL SKIL KLINIKAL (MSK)

Makmal Skil Klinikal

Pengenalan

Terdapat 9 buah bilik di Makmal Skil Klinikal yang terletak di Aras 4, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM.

Ruang ini direka untuk memudahkan sesi pengajaran dalam kumpulan kecil, sesi latihan di bawah pengawasan dan juga pembelajaran kendiri (self-directed learning) kepada para pengguna dan pelajar khususnya.

Bilik-bilik ini dilengkapi dengan susun atur peralatan dan perabot yang mencerminkan konsep klinikal disamping kelengkapan komputer dan televisyen. 

Susun atur bilik yang dilengkapi dengan katil juga amat bersesuaian kepada para pelajar dan pensyarah untuk digunakan sebagai ruang pembelajaran khususnya yang melibatkan pengambilan sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal pesakit secara simulasi. 

Sebarang pertanyaan dan urusan penempahan hendaklah berurusan dengan pentadbir Makmal Skil Klinikal di Aras 4.

Makmal Skil Klinikal

Pelan Lokasi

Makmal Skil Klinikal

Tempahan MSK