Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan program-program pascasiswazah dalam pendidikan perubatan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Kedua-dua program pascasiswazah tersebut mengandungi pelbagai kursus dan topik penyelidikan yang terdiri daripada topik-topik asas dan terkini dalam bidang pendidikan perubatan.
Melalui kursus-kursus yang dipelajari dan projek penyelidikan yang dijalankan dalam program-program pascasiswazah ini membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku dalam bidang pendidikan profesional perubatan dan kesihatan yang menjadi pilihan kerjaya mereka setelah tamat pengajian.