Jabatan Pendidikan Perubatan

PENGENALAN

Fakulti Perubatan UKM telah melancarkan Program Pesakit Piawai pada awal tahun 2007 untuk tujuan pembelajaran dan peperiksaan pelajar perubatan. Pesakit-pesakit piawai berkenaan terlibat dalam pengajaran klinikal dan perkembangan kendiri dan profesionalisme. Dengan bantuan pesakit piawai para pelajar dilatih untuk mengambil riwayat pesakit, menjalankan pemeriksaan fizikal, dan berkomunikasi dengan pesakit piawai. Matlamat utama program ini adalah untuk melatih para pelajar untuk menjadi doktor atau paramedik yang lebih sensitif dan menghormati kehendak pesakit, berkebolehan, beretika, dan profesional.Pesakit piawai atau SP (Standardized patient) adalah individu yang dilatih untuk membawa watak sebagai seorang pesakit sebenar. Beliau akan membawa sesuatu watak yang khusus dan konsisten dalam setiap senario lakonannya. Pesakit piawai ini penting dalam konteks pembelajaran dan peperiksaan pelajar perubatan dan sains kesihatan. Penggunaan SP ini telah berleluasa di kebanyakkan fakulti perubatan di seluruh dunia. Ia memberi peluang kepada para pelajar perubatan dan sains kesihatan untuk berinteraksi dengan pesakit yang sebenar sepertimana tugas mereka kelak sebagai seorang pengamal perubatan dan kesihatan.

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat

DR. MOHAMAD NURMAN YAMAN
Jabatan Pendidikan Perubatan

Pengerusi

DR. MAJMIN SHEIKH HAMZAH
Jabatan Perubatan Keluarga

Ahli Jawatankuasa​

DR. MOHAMMAD ARIF KAMARUDIN
Jabatan Pendidikan Perubatan

Ahli Jawatankuasa​

DR. NIK AZLAN NIK MUHAMAD
Jabatan Perubatan Kecemasan

Ahli Jawatankuasa​

DR. RIZAL ABDUL RANI
Jabatan Ortopedik & Traumatologi

Pentadbir

PUAN SINAR SURIYA MUHAMAD
Jabatan Pendidikan Perubatan

POLISI & PROSEDUR

Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM mempunyai matlamat untuk memperlengkapkan pelajar perubatan dan sains kesihatan dengan kemahiran klinikal yang kompeten, kemahiran berkomunikasi dan juga bersifat profesional.

Sesi yang dianjurkan oleh Program Pesakit Piawai memberikan pengalaman pembelajaran dengan menggunakan pesakit piawai. Komitmen dan dedikasi sebagai seorang pesakit piawai adalah amat dihargai dan akan dipastikan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam suasana kerja yang sihat dalam unit ini.

OBJEKTIF

  1. Membolehkan aktiviti pembelajaran Scenario-Based Learning (SBL) dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  2. Melalui peralatan yang ada ianya membolehkan perkongsian ilmu antara pensyarah, pelajar dan pesakit piawai melalui sesi pembelajaran yang akan dilaksanakan.
  3. Memberi peluang kepada pelajar perubatan dan sains kesihatan berhadapan dengan senario klinikal.
  4. Peluang untuk pelajar perubatan dan sains kesihatan untuk belajar tanpa membahayakan nyawa pesakit.
  5. Membantu pensyarah mengaplikasikan kaedah pengajaran terkini.

SIAPA PESAKIT PIAWAI

Seseorang Pesakit Piawai atau digelar SP (Standardised Patient), adalah individu yang telah dilatih untuk membawa watak sebagai seorang pesakit yang sebenar. Beliau akan membawa sesuatu watak yang khusus dan konsisten dalam setiap senario lakonannnya.Pesakit Piawai ini penting dalam konteks pembelajaran dan peperiksaan pelajar perubatan dan sains kesihatan. Dengan menyertai program Pesakit Piawai ini, anda berpeluang untuk sama-sama membantu menyumbang tenaga dalam pengajaran dan mampu mempengaruhi kualiti pendidikan bidang perubatan dan sains kesihatan di Negara ini. Kerjaya ini mungkin akan memerlukan anda untuk melakonkan sesuatu watak berulangkali untuk beberapa kumpulan pelajar. Penggunaan SP ini telah berleluasa di kebanyakkan fakulti perubatan di seluruh dunia. Ia memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari kemahiran interpersonal untuk berinteraksi dengan pesakit yang sebenar sebagaimana tugas mereka yang akan datang.

PERANAN

  1. Melaksanakan semua jenis pemeriksaan klinikal yang asas dan yang biasa dilakukan.
  2. Melaksanakan pemeriksaan fizikal yang dilakukan tidak mengakibatkan kemudaratan kepada anda.
  3. Maruah anda sebagai seorang Pesakit Piawai akan sentiasa dijaga sepanjang masa sebagaimana kebiasaanya ketika menerima rawatan.

SYARAT PEMILIHAN

  1. Anda harus menandatangani surat perjanjian untuk menyimpan rahsia.
  2. Anda perlu hadirkan diri dengan surat tawaran dan kad kedatangan untuk sesi berkenaan.
  3. Anda mesti menepati masa dan datang 30 minit sebelum sesi dimulakan.
  4. Pakaian mesti kemas, sopan, selesa, dan sesuai.
  5. Perlu menandatangani borang deklarasi yang anda tiada hubungan dengan pelajar-pelajar yang terlibat dalam sesi yang akan diadakan.
  6. Pesakit Piawai yang tidak aktif dalam tempuh satu (1) tahun dan menolak tawaran lakonan tiga (3) kali berturut-turut akan dikeluarkan dari senarai Pesakit Piawai. Sekiranya mereka mahu menjadi Pesakit Piawai lagi, mereka perlu mengisi borang ahli sekali lagi.
  7. Pesakit Piawai yang mengalami masalah disiplin akan dikeluarkan dari senarai Pesakit Piawai.

BAYARAN

Ini merupakan pekerjaan sambilan dan masa bekerja adalah fleksibel. Anda akan dibayar minimum RM30.00 (sejam) dan masa minimum lakonan/latihan adalah selama 4 jam sehari.

Anda dikehendaki menguruskan pelepasan kerja daripada pihak majikan anda kerana kami tidak akan memberi surat pelepasan kerja bagi peserta yang terlibat.

MUAT TURUN

Buku Panduan Program Pesakit Piawai

Borang Permohonan Program Pesakit Piawai

Iklan Program Pesakit Piawai

HUBUNGI KAMI

Pn. Sinar Suriya Muhamad
Juruteknologi Makmal Perubatan (U36)

Jabatan Pendidikan Perubatan
Aras 13, Bangunan Pra-Klinikal
Fakulti Perubatan UKM
56000 Cheras
Kuala Lumpur

No.Tel. : 03-9145 9449 / 8768
No.Tel. : 019-636 4935
Email : pesakitpiawai@ppukm.ukm.edu.my

Facebook : https://www.facebook.com/groups/123482927695205/