Membantu menyelaras aktiviti kurikulum Pembelajaran Kemahiran Klinikal (CSL) di tahun 1 dan tahun 2. Menggunakan Makmal Skil Klinikal
Menyelaras pengagihan surat kepada fasilitator & tenaga pengajar yang dilantik dan menyiapkan fail-fail dan semua maklumat/nota/buku berkaitan.
Menyiapkan jadual fasilitator/tenaga pengajar untuk setiap sesi selepas bengkel.
Menyediakan pesakit piawai untuk sesi pembelajaran pelajar.
Membantu dalam perlaksanaan sesi pembelajaran kemahiran klinikal.
Memantau / mengingatkan kehadiran fasilitator dan pelajar pada setiap sesi mengikut jadual yang telah ditetapkan setiap sesi pembelajaran CSL.
Menyediakan pesakit dari wad perubatan, pediatrik, obstetrik & ginekologi untuk pelajar perubatan mengikut jadual yang telah disiapkan. Pelajar akan diberi pesakit bagi pengambilan sejarah pesakit (history taking).
Mengingatkan/mengumpul semua markah CSL pelajar daripada fasilitator untuk dihantar kepada penyelaras modul klinikal sains sebelum peperiksaan.
Menyelia/membantu dalam kelancaran peperiksaan akhir semester dalam penjadualan / maklumat berkaitan penempatan pesakit piawai untuk peperiksaan pelajar perubatan dan mengumpul maklumbalas pemeriksa terhadap pesakit piawai di akhir sesi peperiksaan untuk dianalisis.
Mengawasi / memantau kebersihan dan keceriaan di wad peperiksaan tingkat 10 dan, unit pesakit piawai dan menyelia pekerja RHEA untuk melakukan pembersihan di wad.
Memastikan pihak ‘clinical waste’ datang ke wad mengambil semua ‘sharp bin’ dan sampah di dalam tong kuning dan dikutip apabila habis sesi latihan pembelajaran / peperiksaan.
Membuat tempahan linen untuk kegunaan semasa sesi pengajaran.
Melicinkan komunikasi di antara Unit Sains Klinikal, Unit Pesakit Piawai, JPP, dan Pejabat Akademik & PPUKM dalam pelaksanaan pengajaran klinikal dan peperiksaan yang berkesan
CSL
Clinical Skills Learning
Hubungi Kami
Ahmad Syafiq Yusof JTMP (U32) 03-9145 8768
CSL Tahun 2 Semester 2
Saiful Bahari Yusoff JTMP (U32) 03-9145 8773
CSL Tahun 2 Semester 1
Siti Zubaidah Abdul Karib JTMP (U29) 03-9145 8695 9448