Menyelaras, memantau dan membantu dalam perkembangan sains dan kurikulum pendidikan perubatan melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh Jabatan Pendidikan Perubatan.
Menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar pascasiswazah untuk Program Pendidikan Perubatan di peringkat Sijil, Pasca Siswazah dan Doktor Falsafah.
Mengemaskini Buku Panduan bagi Program Pascasiswazah Pendidikan Perubatan dan menyediakan dokumen modul untuk digunakan oleh pelajar sebagai panduan.
Menyediakan dan mengemaskini fail pelajar bagi Program Pascasiswazah Pendidikan Perubatan dari semasa ke semasa.
Memastikan perjalanan sesi pengajaran bagi Program Pascasiswazah Pendidikan Perubatan berjalan lancar dan memastikan maklumat berkaitan perjalanan program disampaikan kepada semua yang terlibat.
Merancang serta menetapkan tarikh-tarikh bengkel, kursus, taklimat atau seminar yang berkaitan.
Mengatur jadual waktu pensyarah untuk sesi kuliah Program Pascasiswazah Pendidikan Perubatan.
Menguruskan perlantikan dan tuntutan perjalan serta syarahan pensyarah-pensyarah sambilan untuk Program Pascasiswazah Pendidikan Perubatan.
PENYELIDIKAN
Membantu menguruskan aktiviti serta koordinasi penyelidikan di peringkat jabatan.
Memberikan maklumat kepada ahli-ahli akademik di peringkat Gugusan Kesihatan berkenaan bengkel, seminar dan konferen.
Membantu ahli-ahli akademik di peringkat jabatan dalam mengemaskini kertas-kertas untuk diterbitkan.
Bekerjasama dengan pihak Pusat Pembangunan Akademik di UKM Bangi dalam hal-hal berkaitan kongres dan penerbitan.
Membantu mengendalikan bengkel dan seminar serta menyediakan laporan bengkel dan seminar.
Pascasiswazah
Hubungi Kami
Sinar Suriya Muhamad Juruteknologi Makmal Perubatan (U36)
Jabatan Pendidikan Perubatan Aras 13, Bangunan Pra-Klinikal Fakulti Perubatan UKM 56000 Cheras Kuala Lumpur