Menjadi perintis kecemerlangan dalam perkembangan pendidikan di Fakulti Perubatan UKM sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang pendidikan perubatan bagi pengajar jagaan kesihatan di rantau ini
MISI
Misi Jabatan Pendidikan Perubatan
Melaksana inisiatif pendidikan dalam menyokong pembelajaran berterusan bagi pelajar prasiswazah dan pascasiswazah
OBJEKTIF
Objektif Jabatan Pendidikan Perubatan
Merekabentuk dan merancang kurikulum program akademik yang ditawarkan di dalam Fakulti Perubatan UKM, sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa.
Menganjurkan siri program pembangunan dan latihan untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran di kalangan tenaga pengajar.
Mengkoordinasi pembelajaran interprofesional di kalangan pelajar.
Mewujudkan hubungan dengan pemegang taruh di pelbagai peringkat, bertujuan untuk meluaskan jaringan dan mengadakan penandaan aras.