Majlis Perasmian Makmal Komputer Geoterma dan Penyerahan Dana Industri oleh Geothermal Resources Sdn. Bhd. (GRSB) dan NewQuest Geotechnology

Majlis Perasmian Makmal Komputer Geoterma dan Penyerahan Dana Industri oleh Geothermal Resources Sdn. Bhd. (GRSB) dan NewQuest Geotechnology telah diadakan di Bangunan Geologi FST UKM pada hari ini.

YBhg. Prof. ChM. Dr. Ishak bin Ahmad, Dekan FST telah mewakili fakulti menerima sumbangan naik taraf Makmal Komputer Geoterma di Bangunan Geologi FST yang ditaja oleh Geothermal Resources Sdn. Bhd. manakala sumbangan oleh NewQuest GeoTechnology dari Indonesia dalam bentuk Geran Antarabangsa bernilai RM1.2 juta untuk enam (6) perisian berlesen, 10 buah komputer dan naik taraf ruang.

Turut diadakan, penyerahan replika cek kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Muhammad Rahimi bin Yusop, Pengarah CRIM bernilai RM105,000.00 bagi Geran Industri Penyelidikan Eksplorasi Geoterma Ulu Slim (EGUS) yang akan disalurkan kepada 7 kumpulan penyelidik UKM diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil bin Othman, Prof. Madya Dr. Wan Nor Roslam bin Wan Isahak, Dr. Goh Thian Lai, Dr. Frankie Marcus Ata, Dr. Syazwani binti Mohd Fadzil, Dr. Nurul Yuziana binti Mohd Yusof, Dr. Norasiah binti Sulaiman.

Majlis turut menyerahkan replika cek kepada En. Mohd Fikri Mohd Sani mewakili UKM Pakarunding bernilai RM100,000.00 bagi dana perundingan Pre- EIA dan SIA Geoterma yang diketuai oleh Dr. Nor Shahidah binti Mohd Nazer bersama Dr. Wan Mohd Razi bin Idris & Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin bagi membangunkan Garis Panduan dan polisi Tenaga Geoterma di Malaysia.

Syarikat PEMULA@UKM, Geothermal Resources Sdn. Bhd. (GRSB) turut menyerahkan bayaran pelesenan harta intelek bernilai RM20,000.00 bagi tempoh dua (2) tahun kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Mohd Hirwani Wan Hussain, Pengarah INOVASI-UKM.

Ucapan setinggi penghargaan dan syabas kepada Prof Madya Ts Dr Hariri Arifin yang telah memulakan Syarikat GRSB di bawah INOVASI-UKM ini.

Penerbitan asal: FB Fakulti Sains & Teknologi, UKM (Official), 25 Jun 2024.