Galeri – iCACGP-IGAC, World Trade Centre, 9-13 September 2024

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Dr. Ching Thoo A/L Kim merasmikan 16th International Commission on Atmospheric Chemistry and Global Pollution (iCACGP) Symposium dan 18th International Global dan Atmospheric Chemistry (IGAC) Science Conference (iCACGP-IGAC Conference 2024) di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Bertemakan “Atmospheric Chemistry: From Local Knowledge to Global Sustainability” persidangan ini merupakan platform antarabangsa bagi penyelidik, saintis, dan organisasi bukan kerajaan untuk membentang dan membincangkan penemuan mengenai kimia atmosfera melalui penyelidikan merentas sempadan dan pendekatan multidisiplin.
Persidangan antarabangsa yang mengumpulkan lebih 500 peserta ini bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan dan kerjasama dalam bidang alam sekitar serta kelestarian.
Topik persidangan ini merangkumi aspek kualiti udara, impak iklim dan cuaca terhadap kualiti udara, asas proses dan mekanisme kimia, serta cabaran semasa dan hala tuju masa depan dalam kimia atmosfera untuk penyelesaian yang lestari.
Hadir sama, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tempatan persidangan iCACGP-IGAC, Prof. Dr. Mohd Talib Latif.
(Perkongsian: FB Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM)