Lawatan Chinese Society for Rock Mechanics and Engineering (20 November 2024)

Pada 20 November 2024, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar (JSBAS) menerima kunjungan Chinese Society for Rock Mechanics and Engineering. Delegasi dari China terdiri daripada lebih kurang 40 penyelidik daripada pelbagai universiti dan institusi penyelidikan. Dalam lawatan ini, tetamu dibawa untuk melawat Muzium Geologi UKM. Seterusnya, diadakan sesi perbincangan kerjasama di Makmal Peta bersama-sama ahli akademik UKM yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah JSBAS dan juga Jabatan Kejuruteraan Awam (FKAB).

Dalam majlis yang sama, En. Ibrahim Lah, alumni Program Geologi UKM yang juga merupakan Pengarah syarikat Geo Science Solution telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM5000 untuk aktiviti pelajar-pelajar Program Geologi UKM.