Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar
Kluster Kesihatan Sekitaran merupakan gabungan beberapa bidang kepakaran dalam penyelidikan yang berkaitan dengan alam sekitar yang melibatkan ekologi, toksikologi sekitaran, kesihatan awam mahupun persekitaran ekosistem. Kluster ini merangkumi beberapa bidang pengkhususan yang menjurus kepada pemantauan dan penilaian kualiti air, udara dan tanah, analisis GIS, pengurusan air sisa dan sisa pepejal.