Kejayaan Pelajar Program Geologi di APGCE2024

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 21 Nov 2024

Tiga wakil pelajar dari Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu saudara Mohammad Aiman Syafeeq bin Azly , Muhammad Hafiy Bin Khairil Azizie dan saudari Sufeeya binti Zulkiflee) yang diselia oleh penasihat kelab EAGE UKM Student Chapter iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin telah mengikuti Program Pelajar bagi Asia Petroleum Geoscience Conference & Exhibition (APGCE) 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kumpulan UKM turut mengambil bahagian dalam pertandingan EAGE Geo-Quiz yang diwakili oleh saudara Mohammad Aiman Syafeeq dan Muhammad Hafiy. Mereka telah merangkul gelaran JUARA menandingi 18 buah universiti dari pelbagai negara. Pertandingan ini bertujuan untuk menguji pengetahuan teknikal dalam bidang Petroleum, Geologi, Geofizik dan Petrofizik. Kumpulan ini telah layak mendapatkan tajaan penuh bagi mengikuti acara tahunan EAGE 2025 di Toulouse, Perancis pada tahun hadapan.

Sehubungan itu, mereka juga telah memenangi Naib Juara dan Tempat ke-3 bagi pertandingan berkumpulan Interpret-a-Thon: G&G Excellence Competition. Pelajar-pelajar tersebut adalah saudari Sufeeya Zukliflee (Kumpulan 4) dan saudara Mohammad Aiman Syafeeq Azly (Kumpulan 5). Pelajar-pelajar perlu menentukan penempatan lubang gerudi bagi tujuan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) dengan mengaplikasikan kemahiran dalam seismos dan permodelan menggunakan perisian tNavigator.

Muhammad Hafiy Bin Khairil Azizie & Sufeeya Zulkiflee merupakan pelajar prasiswazah tahun akhir yang diselia oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin manakala Mohammad Aiman Syafeeq Azly merupakan pelajar siswazah penyelidikan yang diselia oleh Dr. Nurul Afifah Mohd Radzir.

#UniversitiWatanKita

#IlmuMutuBudi

#UKM

#FSTtothefore

(Dilaporkan dalam FB Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi UKM)