Lawatan Industri JSBAS ke Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd.

Pada 27 Jun 2024, ahli Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, FST, UKM mengikuti lawatan industri ke Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd. di Sungai Koyan, Pahang. Delegasi UKM diwakili 15 orang pakar pelbagai bidang; dengan ahli delegasi terdiri daripada ahli akademik dan juga alumni UKM.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Naib Presiden SGMM Sdn. Bhd., En. Zaidi Harun dan pasukan beliau atas keterbukaan menerima delegasi UKM dan perkongsian ilmu sepanjang berada di sana.