Lawatan Penanda Aras Program Geologi, FST ke Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya

Satu lawatan penanda aras oleh Program Geologi, FST ke Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya pada 6 Ogos 2024. Delegasi lawatan ini diketuai oleh Prof Madya Dr. Mohd. Rozi, Ketua Program Geologi bersama Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hariri, Timbalan Dekan HEJIM FST. Lawatan ini disertai oleh 7 orang Pensyarah Program Geologi bersama 8 orang kakitangan daripada Sekretariat Makmal dan Instrumentasi (SMI) FST.
Hasil lawatan ini, satu perbincangan telah diadakan bagi melihat kepada penambahbaikan modul pengajian geologi, kolaborasi aktiviti penyelidikan serta penerbitan. Daripada aspek pengurusan makmal pengajaran, peserta melihat kepada fasiliti lengkap yang disediakan di makmal pengajaran mikroskop utk pengajian dalam bidang petrologi, petroleum geokimia serta paleontologi. Selain itu, peserta mendapat input pelan perancangan pembelian peralatan instrumentasi seperti Pyrolisis, Micro – CT (Zeiss Xradia Versa 520), XRD, XRF, LiDAR dan ICP-OES.
Selain itu, pengurusan kerja lapangan pengajaran di kedua-dua Universiti turut dibincangkan bagi melihat peluang kerjasama dari segi perkongsian kepakaran, peralatan serta teknik persampelan geologi.
Lawatan ke Muzium Geologi turut menarik perhatian dengan pameran interaktif fosil, batuan, mineral dan peralatan lama yang dipamerkan. Peserta juga telah ditunjukkan dengan penemuan fosil gigi gajah purba daripada Perak Stegodon dan fosil gigi dinosaur (Spinosaur) daripada Pahang dan Morocco.
Program Geologi akan meneruskan program penandarasan ini ke Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan, pada September ini.