Majlis Penyerahan Pelantikan Prof Adjung Fakulti Sains dan Teknologi UKM

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Mohammad Faudzi Mohd. Yasir, Pengurus Besar Kanan, Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) atas pelantikan sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Majlis Penyerahan Pelantikan telah disempurnakan oleh Ybhg. Prof. Dato. Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM diiringi oleh Prof. ChM Dr. Ishak Ahmad, Dekan FST dan ahli pengurusan FST.
Pelantikan beliau sebagai Prof Adjung diharap dapat memacu lagi kecemerlangan penyelidikan di UKM terutamanya bidang sumber tenaga boleh baharu. FST juga bercadang untuk mewujudkan kursi dan dana endowmen bagi memastikan kerjasama UKM dan PETRONAS berterusan.
Beliau telah menyampaikan syarahan Profesor Adjung yang bertajuk Malaysia Renewable (RE) Outlook and Opportunities dan rakaman syarahan beliau boleh dilayari pada pautan FBlive berikut https://www.facebook.com/share/v/15ddrcDiAm/. Semoga kerjasama yang dijalinkan ini memberi manfaat kepada kedua belah pihak UKM dan PETRONAS
Berita ihsan: FB Rasmi Fakulti Sains & Teknologi UKM (Official)
May be an image of 1 person, dais, newsroom and text
May be an image of 1 person, newsroom, dais and text
May be an image of 3 people and text
May be an image of 12 people and text