Majlis Penyerahan Surat Lantikan Prof. Adjung JSBAS – Dr. Abdul Rani bin Abdullah
Majlis Penyerahan Surat Lantikan Prof. Adjung Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar kepada Dr. Abdul Rani bin Abdullah pada petang ini disempurnakan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan dan Masyarakat FST (mewakili Dekan FST, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad). Turut menjayakan majlis: Prof. Mohd Talib Latif, Ketua Jabatan JSBAS, bersama-sama Ketua-ketua Program, staf akademik dan staf sokongan.
Tahniah, Prof. Adjung Dr. Abdul Rani bin Abdullah atas pelantikan semula sebagai Prof. Adjung, daripada seluruh warga JSBAS.