Majlis Perasmian UTM-UPM Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) Centre
20 Januari 2025 – Dr Suriyanti Su, Felo Bersekutu EKOMAR telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian UTM-UPM Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) Centre yang dirasmikan oleh TYT Duta Jepun ke Malaysia. Beliau mengetuai Projek 4: eDNA dan Oseanografi di bawah program ini yang menggabungkan kepakaran ahli akademik dari Malaysia dan Jepun dalam usaha merealisasikan projek teknologi tenaga hijau di Malaysia sejak ianya bermula pada 2019. Selain itu, hasil inovasi Dr Suriyanti Su iaitu Chocotec deep sea salt chocolate dan Choco-Ali telah ditempah khas untuk dijadikan cenderamata kepada VVIP yang hadir. Inovasi Chocotec telah memenangi pingat perak dalam pertandingan inovasi antarabangsa di India pada November 2024.