Malaysia International Geothermal Conference 2024

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan) telah merasmikan Malaysia International Geothermal Conference 2024 (MIGC 2024) bertempat di Akademia Siber Teknopolis, UKM.
Persidangan ini merupakan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melibatkan kerjasama tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Syarikat Pemula UKM, Geothermal Resources Sdn. Bhd dan NewQuest Geotechnology, Indonesia telah menjadi penaja bersama untuk persidangan MIGC 2024.
Persidangan ini menyediakan platform untuk peserta dari pelbagai negara untuk berinteraksi dan membentuk kerjasama yang boleh memacu perkembangan industri geoterma dan telah berjaya meningkatkan kesedaran serta minat terhadap penggunaan tenaga geoterma di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Dalam ucapan yang disampaikan oleh Prof. Dato‘ Dr. Roslee, beliau menekankan tenaga geoterma yang merupakan sumber alternatif tenaga diperbaharui masa kini.
Pelbagai kajian telah dijalankan untuk meneroka potensi dan keberkesanan teknologi ini dan menunjukkan bahawa tenaga geoterma bukan sahaja boleh digunakan untuk penjanaan tenaga elektrik, tetapi juga untuk pemanasan dan penyejukan bangunan, serta aplikasi industri lain.
Turut hadir, Prof ChM. Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin, Pengerusi MIGC 2024.
(daripada FB Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi)
May be an image of 4 people and textMay be an image of 7 people and textMay be an image of 1 person, studying, television and newsroomMay be an image of 5 people and textMay be an image of 5 people, speaker and text