Mou bersama IGM
Pihak Institut Geologi Malaysia baru-baru ini meluahkan hasrat untuk menempatkan pejabat operasinya di Bilik Sumber Geologi, Aras 1. Hasrat ini disambut baik oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, disamping pelbagai kerjasama lain yang telah dibincang bagi kebaikan kedua pihak (khususnya Program Geologi dan IGM). Oleh itu, usaha ke arah dokumentasi bagi menandatangi MoU dan MoA sedang dijalankan dan gambar berikut merupakan lawatan ke tapak cadangan bilik pengoperasian IGM oleh pihak IGM di Bangunan Geologi.