Webinar Kimia Perkomputeran

Pada 4 Julai 2024, Webinar Kimia Perkomputeran yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, telah berjaya mempertemukan penyelidik-penyelidik ternama dari Malaysia dan Algeria. Acara ini bukan sahaja menampilkan pembentangan yang penuh dengan wawasan dan penemuan terkini, tetapi juga menjadi medan perkongsian idea dan inovasi dalam bidang kimia perkomputeran.

Prof. Dr. Azizan Ahmad memukau hadirin dengan eksplorasi mendalam mengenai elektrolit polimer pepejal, manakala Prof. Dr. Krallafa memberikan perbincangan yang sangat menarik mengenai cabaran dan perspektif dalam kimia perkomputeran. Prof. Madya Dr. Nurul Izzaty turut menyumbang dengan kajian novel hibrid pyrazole untuk keberkesanan antimalaria, yang pastinya membuka mata para peserta mengenai potensi terapeutik yang belum diterokai. Tidak ketinggalan, Prof. Dr. Rahmouni Ali memberikan pencerahan mengenai kajian teori tentang keasidan, menambah dimensi baru dalam pemahaman kimia asas.

Webinar i ini bukan sahaja memperkayakan pengetahuan tetapi juga mengukuhkan jaringan kolaborasi antarabangsa yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada semua yang terlibat.