Lawatan kunjungan dari Kolej Matrikulasi Johor

Sukacita dimaklumkan bahawa satu lawatan dari Kolej Matrikulasi Johor ke Jabatan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Seminar Siswazah Fizik, Bangunan Fizik Gunaa

Para pensyarah telah terlibat berkongsi pembentangan ringkas berkaitan:

i) Prasiswazah dan Kelab – Dr. Muntaz Abu Bakar, Dr. Farah Hannan Anuar

ii) Siswazah – Dr. Nurul Huda Abu Bakar, Dr. Nadhratun Naiim Mobarak

iii) Sesi Perkongsian Anugerah Saintis Muda Negara 2023 – Dr. Mohamad Azuwa Mohamed

iv) In charge lawatan – Dr. Nur Diyana Kamarudin (pukul 11.30 pagi)

Terima kasih ahli yang membantu melancarkan urusan lawatan pelajar Kelab Kimia Kolej Matrikulasi Johor (Tangkak) hari ini.

Para pelajar sangat gembira dan teruja selepas dengar perkongsian pensyarah-pensyarah JSK pagi tadi dan dibawa ke makmal alat di sekitar bangunan Fizik.