Bengkel Penstrukturan Kluster Penyelidikan & Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Sains Kimia 2024

Sukacita dimaklumkan JSK telah mengadakan Bengkel Penstrukturan Kluster dan Majlis Sambutan Hari Raya pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18 April 2024 (Khamis)
Masa: 9 pagi – 4.30 petang (jamuan raya bermula 12 tengah hari)
Tempat: Bilik Seminar Siswazah Fizik, Bangunan Fizik

JSK akan menyediakan menu utama iaitu:

Set Nasi beriani (Ayam masak merah, daging masak hitam, kuah dalca, jelatah, air kordial)
Sandwich
Mee kari
Teh O dan kopi O

Para pelajar siswazah tempatan dan antarabangsa juga telah dijemput bersama-sama memeriahkan majlis sambutan hari raya tersebut.