Intensif Teori dan Praktikal BET: Bengkel Eksklusif untuk Pelajar UNP di UKM

 

Pihak Jabatan Sains Kimia (JSK) telah menerima kunjungan daripada Universitas Negeri Padang yang terdiri daripada 8 orang peserta, diketuai oleh Dr. Umar Kalmar Nizar, pensyarah dari Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA). Kunjungan ini adalah untuk menghadiri bengkel “Dasar-dasar Pengolahan dan Interpretasi Data Brunauer-Emmett-Teller (BET)” yang disampaikan oleh Dr. Nurul Asikin, dengan bantuan Pegawai Sains, En. Muhammad Syawal. Bengkel ini, yang merangkumi sesi teori dan praktikal secara hands-on, telah diadakan pada Ogos 2024 dan khusus untuk pelajar prasiswazah. Kesimpulannya, atas kunjungan dan kehadiran mereka di JSK UKM merupakan satu inisiatif yang berjaya dalam memperkukuhkan kerjasama akademik antara kedua institusi.