Lawatan Industri A-chemdemia

Lawatan Industri A-Chemdemia: Pemangkin Aspirasi Pelajar dan Universiti

Satu lawatan Industri A-Chemdemia Agilent Technologies Petaling Jaya telah berjaya dijalankan pada 17 Disember 2024 di bawah Kelab Kimia yang melibatkan pelajar Sains Kimia Tahun 1 Hingga Tahun 3. Lawatan industri ini memberikan impak besar kepada pelajar dan universiti. Pelajar mendapat pendedahan dunia sebenar mengenai aplikasi teori dalam persekitaran profesional, membantu memperkukuhkan pemahaman konsep instrumen analitikal melalui pengalaman praktikal. Mereka juga dapat membina rangkaian dengan pakar industri, meningkatkan kebolehpasaran dan motivasi untuk mencapai kecemerlangan akademik. Bagi universiti, lawatan ini mengukuhkan hubungan dengan pihak industri, membuka peluang kolaborasi dalam penyelidikan, latihan, dan pembangunan kurikulum yang relevan. Secara keseluruhan, ia meningkatkan reputasi Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai institusi yang menghasilkan graduan berkualiti tinggi dan bersedia untuk menyumbang kepada keperluan industri.

Rajah 1: Sesi teori dan praktikal dalam pengenalan instrumen di Agilent Technologies.

Gambar : Pengenalan instrumen kromatografi kepada pelajar secara teori dan praktikal dari Agilent Technologies.