Malaysia Mengorak Langkah: Peneraju Teknologi Hijau Berasaskan Sawit
Tahniah atas kejayaan dalam peneraju teknologi hijau berasaskan sawit!
Melalui penyelidikannya, Prof. Dr. Khairiah (Jabatan Sains Kimia, UKM) berjaya menghasilkan sekitar 500kg biopoliol berasaskan sawit pada 2014 setelah melalui pelbagai peringkat kajian dan ujian pasaran. Cabaran utama yang dihadapi adalah menstabilkan struktur kimia biopoliol bagi memastikan kesesuaiannya dalam penghasilan poliuretana. Hasil inovasi beliau, biopoliol ini kini setanding dengan poliol berasaskan petroleum, dengan kelebihan tahan api yang menjadikannya pilihan ideal untuk penebat bangunan dan kusyen keselamatan.
Lebih menarik, kaedah pengeluaran one-pot process yang diperkenalkan hanya mengambil masa kurang dari tiga jam. Biopoliol ini juga berpotensi besar dalam industri kulit sintetik, aksesori perabot, serta komponen kenderaan, menawarkan pilihan yang lebih mampan dan berkualiti tinggi mengikut piawaian global. Selain itu, kos pengeluaran biopoliol berasaskan sawit adalah satu pertiga lebih rendah berbanding poliol petroleum, mengurangkan kebergantungan kepada import. Pembangunan reaktor untuk pengeluaran berskala besar akan mengukuhkan industri hiliran sawit negara, mencipta peluang pekerjaan baharu dalam sektor kimia hijau.
Kini, biopoliol sawit semakin mendapat perhatian dalam industri Salutan, Pelekat, Sealant, dan Elastomer (CASE), menggantikan bahan kimia berbahaya dalam aplikasi pelekat dan salutan dengan pilihan yang lebih selamat serta mesra alam.
Tahniah di atas pencapaian yang bukan sahaja memacu UKM dan industri hijau negara, tetapi juga mengukuhkan daya saing Malaysia di peringkat global!
Berita penuh di BERNAMA: https://www.bernama.com/en/bfokus/news.php?&id=2396113