New Food Product Innovation Competition 2022!

New Food Product Innovation Competition 2022!
Telah berlangsungnya Pertandingan Inovasi Produk Makanan Baru bagi kursus STKM3113 Pembangunan Produk Makanan pada 29 Jun 2022 (Rabu) di Dewan Persidangan FST, UKM.
Tahniah diucapkan kepada pelajar Tahun 3 Program Sains Makanan dan pensyarah STKM3113 yang terlibat di atas kejayaan menganjurkan dan menghasilkan inovasi dalam pembangunan produk makanan. Dengan tema ‘low salt food’ para pelajar telah berjaya menghasilkan produk-produk berkualiti yang sedia untuk dipasarkan. Produk-produk yang dihasilkan adalah:
1. Mozarella cheese stick
2. Multipurpose vegan cube
3. VeKor
4. LowNa chicken nugget
5. cheese and garlic mushroom flavour instant noodle
6. Teriyaki sauce and marinade
Terima kasih diucapkan kepada juri luar iaitu Dr Farhana Sidek (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM), Ts. Mohamad Shahrimi Hashim (UiTM), Cik Nurhidayah binti Jamaludin (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan En Akmal Mohd Razali (Excuse Meat) dan juri dalaman Prof Ts Dr Wan Aida, PM Dr Lim Seng Joe, Ts Dr Noor Soffalina, Dr Syuhada, Dr Hafeedza, Dr Fatimah, Dr Haslaniza dan Ts Dr Nurul Aqilah di atas kesudian menilai produk-produk yang dihasilkan oleh pelajar.
Terima kasih juga diucapkan kepada KESAMAP atas tajaan dan bantuan menguruskan perjalanan progam.