Logo Jabatan Sains Makanan

Memperkenalkan logo Jabatan Sains Makanan, UKM.

Penjelasan:

1. Penggunaan fon tebal dengan ruang rapat (spacing) di antara huruf “J S M n” dalam warna hitam pada latar belakang putih membentuk representasi yang padat dan memberi impak visual yang kuat terhadap singkatan jabatan. Gaya ini perpaduan ahli jabatan dalam mendukung aspirasi fakulti dan universiti.

2. Ikon yang mewakili molekul-molekul kimia yang diletakkan di atas huruf “n” melambangkan aspek saintifik dalam sains makanan. Ia melambangkan penyelidikan, eksperimen, dan kajian komponen molekul, mencerminkan fokus saintifik dan kepakaran jabatan.

3. Meletakkan “Sains Makanan” dan “Universiti Kebangsaan Malaysia” di bawah singkatan memberikan konteks dan pertalian. Ia mewakili kepakaran jabatan dan pertaliannya dengan UKM. UKM (Nama Universiti) Dilambangkan dalam Warna Rasmi (Biru Muda, Merah, dan Kuning), menekankan keselarasan jabatan dengan identiti dan nilai-nilai universiti tersebut, memperlihatkan kesatuan dan kepertalian.