Mikrobiologi Makanan, Teknologi Fermentasi, Keselamatan Makanan / Food Microbiology, Fermentation Technology, Food safety
SINOPSIS:
Kumpulan penyelidikan ini memfokuskan kepada dua cabang penyelidikan. Cabang penyelidikan pertama berkaitan penghasilan makanan / ramuan makanan berkualiti menggunakan teknologi mikroorganisma dan fermentasi. Ini termasuklah kajian berkaitan penggunaan mikroorganisma bermanfaat bagi menghasilkan sebatian biokimia yang berkualiti tinggi seperti asid laktik, selulosa bakteria, asid lemak tidak tepu dan produk makanan berasaskan bahan tempatan seperti minuman berkultur dan yogurt. Potensi inovasi penggunaan semula bahan buangan dari industri makanan dan pertanian seperti sisa kulit nenas, tandan kosong kelapa sawit dan sabut kelapa oleh mikroorganisma berfungsi turut dikaji bagi memastikan kelestarian dalam menghasilkan makanan berkualiti. Bagi cabang penyelidikan kedua, fokus kajian lebih terarah kepada keselamatan makanan yang berpunca daripada mikroorganisma perosak dan berbahaya. Ini termasuklah kajian mengenai pengesanan, pemencilan dan pengenalpastian mikroorganisma patogen dan perosak serta toksinnya di dalam makanan yang boleh menyebabkan keracunan dan kerosakan makanan.