International Summer Camp Universiti Ahmad Dahlan
Program: International Summer Camp Universiti Ahmad Dahlan
Tarikh: 12/8/2024 – 26/8/2024
Tempat: Yogyakarta, Indonesia
Anjuran: Prodi Teknologi Pangan, Fakultas Teknologi Industri (FTI), Universitas Ahmad Dahlan, Jogjakarta
Seramai 10 orang pelajar Sains Makanan FST, UKM telah menyertai program kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh 12 pelajar dan pensyarah Prodi Teknologi Pangan, Fakultas Teknologi Industri, Universiti Ahmad Dahlan.
Program ini merupakan jemputan khas dari wakil UAD iaitu Bu Titis dan Bu Amal selaku penyelaras program dan pengiring sepanjang 7 hari di Jogjakarta. Program ini juga disertai oleh pensyarah pengiring iaitu Dr. Noorul Syuhada, Dr. Hafeedza, Dr. Soffalina dan Dr. Haslaniza bagi memastikan kelancaran program dan keselamatan para pelajar.
Antara pengisian aktiviti sepanjang program ini berlangsung ialah lawatan industri ke pemprosesan biji koko, pembuatan kerepek salak, melawat PT. So Good Food yang merupakan salah satu pengeluar makanan RTE dan produk berasaskan susu di Indonesia.