Lawatan daripada Research Institute for Health Sciences (RIHES), Chiang Mai University.

Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM telah menerima rombongan daripada Research Institute for Health Sciences (RIHES), Chiang Mai University. Seramai 6 orang penyelidik dari RIHES, Asst. Prof Dr. Somchai Jomduang, Dr. Kongsak Boonyapranai, Dr. Sakaewan Ounjaijean, Dr Wason Parklak, Dr Jiraporn Laoung-on dan Dr. Artorn Anuduang telah hadir untuk perbincangan potensi kerjasama penyelidikan, pertukaran pelajar dan penerbitan bersama bersama UKM.