Majlis Apresiasi Kakitangan Jabatan Sains Makanan

Majlis Apresiasi Kakitangan Jabatan Sains Makanan telah diadakan pada 14 Julai 2022 di Persada FST bagi meraikan kakitangan yang telah dan akan bersara serta kakitangan yang akan berpindah ke tempat baru.
Antara kakitangan yang telah bersara yang turut memeriahkan majlis ialah En Bohari, En Din, Dr Mohd Khan, Prof Aminah, Prof Salam, En Talhah, Pn Cha, Pn Rohmi, En Shukri dan En Jo.
Prof Dr Maaruf yang akan mula berkhidmat di Universiti Malaysia Terengganu turut diraikan pada majlis ini.
Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa di atas kelancaran majlis. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis tersebut.