Mesyuarat bersama Institute of Agri-food Standard and Testing Technology, Shanghai Academy of Agricultural Sciences, China

Mesyuarat bersama Institute of Agri-food Standard and Testing Technology, Shanghai Academy of Agricultural Sciences, China telah diadakan pada 6 Disember 2024 secara hibrid. Dalam mesyuarat ini, potensi kerjasama penyelidikan, program sangkutan, pertukaran kepakaran, pertukaran pelajar dan penyeliaan bersama telah dibincangkan. Mesyuarat ini dihadiri oleh Prof Ts. Dr Wan Aida Wan Mustapha, Pengerusi Jabatan Sains Makanan, UKM dan Professor Song Wei Guo, Pengarah Institute of Agri-food Standard and Testing Technology.