Pertandingan Inovasi Pembangunan Produk Makanan 2024

Telah berlangsung Pertandingan Inovasi Pembangunan Produk Makanan 2024 dengan tema “Ecoeats: Cultivating Green Gastronomy through Sustainable Innovations” pada
Tarikh: 12 Jun 2024 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Dewan Persidangan & Persada Fakulti Sains Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official)
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas kejayaan menghasilkan produk masing-masing.
Tempat pertama: Mushroom, Oats & Grasshopper Bites
Tempat kedua: Tempeh & Vegetables Cream Soup
Tempat ketiga: Dandelion Root Latte
Saguhati:
Lentilfusion Fritters
Mushroom Satar
KimCJicama
Tortilla with Mushroom Pepperoni
Tapioca Instant Noodles
Terima kasih diucapkan kepada semua juri profesional dalaman dan jemputan yang terlibat memberikan maklum balas sepanjang penilaian dijalankan. Juri jemputan yang juga merupakan Alumni UKM: Pn. Siti Hazlin Jantan (Halal Operations Manager, Nestle Products Sdn. Bhd), Ms. Cheong Kah Yee (R&D Senior Executive, Mamee-Double Decker Sdn. Bhd.), Mr. Ooi Peng Hock (Director, Food Technica Sdn. Bhd.), Dr. Ch’ng Soo Ee (Chief Executive Officer, CAIQ Biosecurity Sdn Bhd), Pn. Nor Azmina binti Mamat (Penolong Pengarah Kanan, Kementerian Kesihatan Malaysia), Dr. Farhana Sidek (Penolong Dekan Keusahawanan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM).
Juga tahniah diucapakan kepada semua pensyarah pembimbing: Dr Hafeedza Abdul Rahman, Ts. Dr Noorul Syuhada Mohd Razali, Ts. Dr Noor Soffalina Sofian Seng dan Dr Maimunah Mohd Ali.
Terima kasih kepada KESAMAP atas kejayaan penganjuran Pertandingan Inovasi Pembangunan Produk Makanan 2024 pada tahun ini.