STPC5002 Sijil Professional Jangka Hayat Produk Makanan / STPC5002 Professional Certificate of Food Product Shelf Life Determination
STPC5002 Sijil Professional Jangka Hayat Produk Makanan | 5-9 Disember 2022 | Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Sijil Professional yang berlangsung selama 5 hari sepanjang cuti semester ini merangkumi aspek teori dan amali makmal serta pengiraan untuk memberi lebih kefahaman kepada para peserta mengenai jangka hayat produk makanan.
Tahniah dan syabas kepada semua tenaga pengajar yang menjayakan Sijil Professional ini buat kali pertama dengan penuh komited – Ts. Prof. Dr. Mohamad Yusof Maskat, Ts. Dr. Haslaniza Hashim, Ts. Noor Dr. Soffalina Sofian Seng, Ts. Dr. Noorul Syuhada Mohd Razali danTs. Dr. Nurul Aqilah Mohd Zaini. Syabas juga kepada 22 orang peserta yang terdiri dari pelajar prasiswazah, pelajar pasca siswazah, staff UKM, industri dan perseorangan kerana berjaya menamatkan Sijil Professional ini dengan jayanya.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini boleh layari pautan berikut: https://www.ukm.my/fst/progam-sijil-professional/
Atau berhubung terus dengan sekretariat Sijil Professional FST, UKM.