Terdapat empat kluster penyelidikan utama di Jabatan Sains Matematik. Pelajar atau pihak yang berminat bolehlah menghubungi penyelidik yang berkaitan (pautan).
Kluster Matematik Teori dan Gunaan menumpukan kepada aktiviti penyelidikan yang berbentuk fundamental dalam bidang matematik dan sains tulen serta penyelidikan berbentuk berbilang disiplin yang menggabungkan elemen matematik dalam sains hayat, kejuruteraan, perubatan, sains komputer, sains sosial, pengimejan dan bendalir.
Penyelidikan Fundamental
Penyelidikan Matematik Komputeran
Kluster Metodolgi Statistik dan Analitik data menjalankan penyelidikan pemodelan yang menggabungkan aktiviti pemodelan data dari pelbagai jenis bidang seperti bidang kewangan, cuaca dan iklim.
Penyelidikan Pemodelan
Kluster Sains Aktuari dan Kewangan menumpukan kepada penyelidikan kuantitatif yang menggabungkan kepakaran dalam bidang Sains Aktuari dan juga kewangan serta menggabungkan elemen matematik dalam isu–isu pelaburan, kewangan dan insurans.
Penyelidikan Kewangan Kuantitatif
Kluster Analitik Prestasi dan Inovasi mengkhusus dalam isu–isu pengukuran kualiti dan prestasi serta aplikasi kuantitatif dalam bidang kualiti dan produktiviti.
Penyelidikan Pengukuran Kualiti dan Prestasi