Bekerja dari Rumah dan Prestasi Adaptif: Autonomi Kerja dan Kepimpinan Rendah Hati Sebagai Penyederhana
Work from Home and Adaptive Performance: Job Autonomy and Humble Leadership as a Moderator

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA

wanrose@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA.

p108232@siswa.ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA.

ctngayesah@ukm.edu.my

Abstract

Pandemik Covid-19 telah membuka lanskap terhadap kelebihan bekerja dari rumah dan penyesuaian diri dalam melaksanakan tugasan. Autonomi kerja dan gaya kepimpinan juga berpotensi untuk membantu pekerja menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang lebih fleksibel. Oleh itu, tujuan kajian adalah untuk mengkaji kesan bekerja dari rumah, autonomi kerja dan kepimpinan rendah hati terhadap prestasi adaptif serta kesan penyederhanaannya. Teori ketetapan diri (self-determination theory) dirujuk sebagai teori asas untuk mengenal pasti sejauh mana autonomi kerja dan kepimpinan rendah hati dapat membantu pekerja untuk lebih bermotivasi dalam melaksanakan kerja dari rumah. Data yang diperolehi daripada maklum balas 200 responden dianalisis menggunakan PLS-SEM. Hasil kajian menunjukkan bekerja dari rumah, kepimpinan rendah hati dan autonomi kerja mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan prestasi adaptif. Autonomi kerja yang luas dan persepsi yang tinggi terhadap kepimpinan rendah hati secara tidak langsung menguatkan hubungan di antara bekerja dari rumah dengan prestasi adaptif. Kajian ini telah menyumbang secara teoretikal bahawa pemberian autonomi kerja yang luas dan pengaruh gaya kepimpinan rendah hati dapat menyuntik motivasi untuk meningkatkan prestasi adaptif walaupun bekerja dari rumah. Manakala secara praktikal, organisasi perlu melengkapi penyelia dengan gaya kepimpinan rendah hati dan memperluaskan autonomi kerja untuk memantapkan prestasi pekerja tidak kira di mana mereka bekerja.

Keywords

autonomi kerja; Bekerja dari rumah; kepimpinan rendah hati; Malaysia; prestasi adaptif; sektor awam dan swasta

Citation

Abdul Hamid, R., Mohd Esrakh, N., & Ab Hamid, S. N. (2023). Bekerja dari Rumah dan Prestasi Adaptif: Autonomi Kerja dan Kepimpinan Rendah Hati Sebagai Penyederhana. Jurnal Pengurusan, 67, 157–170. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-67-13

@article{hamid2023bekerja,
  title={Bekerja dari Rumah dan Prestasi Adaptif: Autonomi Kerja dan Kepimpinan Rendah Hati Sebagai Penyederhana},
  author={Abdul Hamid, Roshayati and Mohd Esrakh, Norhafizah and Ab Hamid, Siti Ngayesah},
  journal={Jurnal Pengurusan},
 

volume={67},
  number={},
  pages={157—170},
  year={2023},
  doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-67-13},
  publisher={Penerbit UKM},
}

Export Bibliography:


   

Article received:  
Accepted for publication:  
Available online: 

Issue logo

67 (2023) 157 – 170


Share via:


Receive updates when new articles are published