Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Kampus Raub
27600 Raub, Pahang, MALAYSIA.
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
Kementerian Pendidikan Tinggi
Lebuh Enstek
71760 Bandar Enstek
Bahagian Bajet Pembangunan
Kementerian Ekonomi
Aras 1, Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana
62675 Putrajaya, MALAYSIA
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan kepimpinan kebaktian dalam meramal prestasi kerja. Secara khususnya, kajian ini menghipotesiskan wujudnya hubungan langsung antara kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja serta hubungan tidak langsung menerusi pemboleh ubah pengantara efikasi kendiri, komitmen organisasi dan tanggapan keadilan organisasi. Dengan menggunakan data yang dikumpulkan daripada 194 orang penjawat awam di Malaysia menerusi soal selidik secara atas talian, hipotesis kajian diuji menggunakan kaedah regresi berhierarki. Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan langsung yang signifikan antara kepimpinan kebaktian dengan prestasi kerja. Walau bagaimanapun hubungan tersebut bertukar menjadi tidak signifikan apabila ketiga-tiga pemboleh ubah pengantara diuji bersama dalam model asal. Selaras dengan teori pembelajaran sosial, ekuiti teori dan teori pengekalan sumber, dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur dengan membuktikan kepentingan efikasi kendiri, komitmen organisasi dan tanggapan keadilan organisasi sebagai mekanisme yang menerangkan hubungan tidak langsung antara kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja dalam sesebuah organisasi. Secara praktikalnya, kajian ini menyarankan kepada organisasi untuk menggalakan kepimpinan kebaktian yang terbukti akan meningkatkan efikasi kendiri, keadilan dan komitmen dalam kalangan pekerja yang seterusnya menjamin prestasi kerja.
Keywords
Citation
@article{arshad2023hubungan,
title={Hubungan Kepimpinan Kebaktian dan Prestasi Kerja dalam Perkhidmatan Awam: Efikasi Kendiri, Keadilan dan Komitmen sebagai Pengantara},
author={Arshad, Rasidah and Tajuddin, Norulhuda and Mohmad Azman, Azian and Rashidin, Ridzwan},
journal={Jurnal Pengurusan},
number={},
pages={—},
doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-68-03},
publisher={Penerbit UKM},
}
Article received:
Accepted for publication:
Available online:
Share via:
Receive updates when new articles are published