Impak Inovasi Pemasaran dalam Pengkomersialan Pelancongan Luar Bandar: Kajian Kes Program Inap Desa di Semenanjung Malaysia
The Impact of Marketing Innovation in Commercialization of Rural Tourism: A Case Study of Homestay Programme at Peninsular Malaysia

Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Negeri Sembilan, MALAYSIA.

suhaidaherni@usim.edu.my

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang, MALAYSIA.

masturaj@usm.my

Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Negeri Sembilan, MALAYSIA.

nuraqilahhazirah@usim.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

nurulatasha@ukm.edu.my

Abstract

Dalam mendepani persekitaran luaran yang semakin mencabar, pelancongan luar bandar sewajarnya bertindak lebih proaktif dalam mengkomersialkan produk mereka agar dapat terus berdaya saing. Begitu juga program inap desa yang menawarkan produk pelancongan unik dilihat berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Namun, terdapat program inap desa yang mengalami kadar penurunan pelancong ekoran kurangnya inovasi dalam teknik pemasaran. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menerokai impak pelaksanaan inovasi pemasaran terhadap prestasi program inap desa. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah penyelidikan kualitatif telah digunakan yang melibatkan temu bual secara bersemuka dengan penyelaras program inap desa. Lapan buah program inap desa di Semenanjung Malaysia telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Hasil temu bual ini dianalisis mengunakan teknik analisis kandungan. Kajian mendapati inovasi pemasaran yang dilaksanakan meliputi tiga kategori iaitu penyertaan program komersial, jalinan usahaniaga agensi luar dan penggunaan medium digital. Inovasi tersebut telah memberi impak terhadap prestasi program inap desa dari aspek pertambahan penglibatan komuniti dan pencapaian anugerah homestay. Implikasinya, dapatan kajian ini menyumbang kepada perkembangan ilmu keusahawanan dengan menekankan kepentingan inovasi terutamanya inovasi pemasaran dan prestasi pelancongan luar bandar. Hasil kajian ini berguna kepada pemain industri sebagai panduan untuk meningkatkan teknik pemasaran yang lebih berkesan dalam usaha mengkomersialkan program inap desa ke peringkat global.

 

Keywords

impak prestasi; Inovasi pemasaran; pelancongan luar bandar; program inap desa; Semenanjung Malaysia.

Citation

Suffarruddin, S., Jaafar, M., Mohd Anim, N. A. H., & Jamaludin, N. A. (2023). Impak Inovasi Pemasaran dalam Pengkomersialan Pelancongan Luar Bandar: Kajian Kes Program Inap Desa di Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengurusan, 69, –. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-69-02

@article{suffarruddin2023impak,
  title={Impak Inovasi Pemasaran dalam Pengkomersialan Pelancongan Luar Bandar: Kajian Kes Program Inap Desa di Semenanjung Malaysia},
  author={Suffarruddin, Suhaida Herni and Jaafar, Mastura and Mohd Anim, Nur Aqilah Hazirah and Jamaludin, Nurul Atasha},
  journal={Jurnal Pengurusan},
 

volume={69},
  number={},
  pages={—},
  year={2023},
  doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-69-02},
  publisher={Penerbit UKM},
}

Export Bibliography:


   

Article received:  
Accepted for publication:  
Available online: 

Issue logo

69 (2023)


Share via:


Receive updates when new articles are published