Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Integration Research and Extension Division (IRED)
Malaysia Palm Oil Board,
88460 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
Abstract
Bagi memastikan koperasi pertanian mampu untuk terus menyumbang kepada pembangunan komuniti pekebun kecil, keupayaan mereka untuk memahami dan mengurus kewangan serta risiko dengan cekap menjadi antara faktor penentu sesebuah kejayaan. Namun demikian, koperasi pertanian dilaporkan masih memiliki tahap literasi kewangan dan pengurusan risiko yang lemah sehingga menyumbang kepada prestasi yang kurang memuaskan. Oleh itu, kajian ini menguji kesan literasi kewangan dan literasi pengurusan risiko terhadap prestasi kewangan KPSM di Sabah. Data kajian diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan kepada 81 orang responden dari 27 buah KPSM di Sabah. Setiap KPSM diwakili oleh tiga orang Anggota Lembaga Koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari. Hasil daripada analisis regresi berganda mendapati bahawa kedua-dua literasi kewangan dan literasi pengurusan risiko mempunyai kesan positif terhadap prestasi kewangan KPSM di Sabah. Hasil kajian ini menyokong Teori Berasaskan Pengetahuan dan Teori Agensi seterusnya membantu pihak berkepentingan untuk memperbaiki pengurusan kewangan dan tadbir urus koperasi sekaligus berupaya meningkatkan prestasi kewangan sesebuah koperasi.
Keywords
Citation
Article received:
Accepted for publication:
Available online: