Jabatan Sastera Ikhtisas
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia
36200 Gopeng, Perak, MALAYSIA
Jabatan Pengurusan Pendidikan
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
Jabatan Ekonomi
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
Pusat Kecemerlangan Bahasa
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA.
Jabatan Matematik
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia
36200 Gopeng, Perak, MALAYSIA.
Abstract
Pendidikan berkualiti sangat bergantung kepada tahap profesionalisme guru dan keberhasilan kepimpinan pendidikan. Kebanyakan kajian berkaitan kepimpinan pendidikan berfokus kepada Pengetua dan Guru Besar, berbanding meneliti keseluruhan kepimpinan termasuk pemimpin pertengahan yang merupakan tunjang kepimpinan pendidikan. Kajian yang lebih menyeluruh terhadap pemimpin pendidikan adalah diperlukan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap konstruk kompetensi kepimpinan profesional bagi pemimpin pertengahan di kolej matrikulasi menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM). Satu instrumen yang mengandungi senarai elemen kompetensi kepimpinan profesional dikemukakan kepada seramai 30 orang pakar daripada pelbagai bidang dan latarbelakang kepimpinan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa panel pakar bersetuju dengan konstruk dan elemen kompetensi kepimpinan profesional yang dicadangkan. Nilai threshold kesemua 13 elemen yang diuji memenuhi syarat d≤0.2, memperoleh kesepakatan pakar melebihi 75% dengan nilai antara 93% sehingga 100% persetujuan, dan melepasi syarat nilai alpha cut melebihi 0.5 (α-cut≥0.5) iaitu dengan nilai antara 0.886 hingga 0.940. Proses defuzzification yang dijalankan menerusi FDM juga telah menyusun semula semua elemen berdasarkan pangkatan yang dipersetujui oleh pakar. Kajian ini turut mengetengahkan empat elemen baharu iaitu keupayaan memimpin, membuat keputusan berasaskan data, keupayaan penulisan pelaporan dan kemahiran pengetahuan baharu dalam konsteks kompetensi kepimpinan profesional yang melibatkan pemimpin pertengahan pendidikan.
Keywords
Citation
@article{beram2023kompetensi,
title={Kompetensi Kepimpinan Profesional Bagi Pemimpin Pertengahan Pendidikan},
author={Beram, Sukor and Awang, Marinah and Ismail, Ramlee and Noor, Norzalina and Yusoff, Norhayati},
journal={Jurnal Pengurusan},
number={},
pages={—},
doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-68-07},
publisher={Penerbit UKM},
}
Article received:
Accepted for publication:
Available online:
Share via:
Receive updates when new articles are published