Pelaksanaan Strategi Berasaskan Inovasi ke Arah Transformasi Organisasi dan Masyarakat: Kajian Kes Majlis Amanah Rakyat
Implementation of Innovation-based Strategy for Organizational and Societal Transformation: A Case Study of Majlis Amanah Rakyat

Islamic Finance and Wealth Management Institute (IFWMI)
Faculty of Economics and Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA.

ka@usim.edu.my

School of Business and Economics
Universiti Putra Malaysia
Serdang, Selangor, MALAYSIA.

fuaad@upm.edu.my

Centre of Value Creation and Well-being Studies
Faculty of Economics and Management
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor, MALAYSIA.

nurs@ukm.edu.my

Majlis Amanah Rakyat, Pejabat MARA Negeri Pahang,
Kuantan, Pahang, MALAYSIA.

mahadir@mara.gov.my

Majlis Amanah Rakyat, Pejabat MARA Negeri Sabah
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.

shahrizin@mara.gov.my

Abstract

Para sarjana dalam bidang ekonomi dan pengurusan telah sekian lama mengiktiraf kepentingan inovasi terhadap pembangunan organisasi dan peningkatan kekayaan dalam masyarakat. Namun, kajian mereka banyak tertumpu kepada aspek hasil inovasi dalam bentuk produk atau perkhidmatan, manakala perbincangan tentang strategi berasaskan inovasi yang didukung sepenuhnya oleh sesebuah organisasi kurang diberi perhatian. Walhal, pendukungan ini penting kerana organisasi yang berhasrat untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi perlu melalui proses penerapan nilai berinovasi dalam keseluruhan proses dan aktiviti organisasi. Jurang pengetahuan ini perlu diatasi lebih-lebih lagi dalam konteks negara membangun seperti Malaysia yang berhasrat untuk mencapai status negara maju yang seimbang dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial. Justeru, kajian kes kualitatif ini dijalankan bagi memahami konsep strategi berasaskan inovasi serta pelaksanaannya dalam organisasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menerapkan pelan strategi berasaskan inovasi yang dinamakan ‘Kerangka Transformasi Strategik MARA 2011-2020’. Pelaksanaan strategi ini menjadi asas bagi MARA sebagai sebuah organisasi sosial untuk meneruskan misi utamanya untuk menerajui bidang keusahawanan dan pendidikan masyarakat Bumiputera di Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa. Kajian ini menjana suatu kerangka pelaksanaan baharu bagi strategi berasaskan inovasi untuk organisasi, yang bukan sahaja memperkayakan ilmu bidang pengurusan tentang pelaksanaan inovasi sebagai suatu strategi organisasi yang mampan dan cemerlang, malah boleh menjadi asas pemikiran kepada amalan dalam mentransformasi organisasi serta masyarakat untuk kesejahteraan bersama.

Keywords

inovasi; Majlis Amanah Rakyat.; MARA; masyarakat; nilai; pengurusan organisasi; Strategi; transformasi

Citation

Adham, K. A., Said, M. F., Muhamad, N. S., Ibrahim, M., & Abdul Sarhadat, S. (2023). Pelaksanaan Strategi Berasaskan Inovasi ke Arah Transformasi Organisasi dan Masyarakat: Kajian Kes Majlis Amanah Rakyat. Jurnal Pengurusan, 68, –. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-68-06

@article{adham2023pelaksanaan,
  title={Pelaksanaan Strategi Berasaskan Inovasi ke Arah Transformasi Organisasi dan Masyarakat: Kajian Kes Majlis Amanah Rakyat},
  author={Adham, Khairul Akmaliah and Said, Mohd Fuaad and Muhamad, Nur Sa’adah and Ibrahim, Mahadir and Abdul Sarhadat, Shahrizin},
  journal={Jurnal Pengurusan},
 

volume={68},
  number={},
  pages={—},
  year={2023},
  doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-68-06},
  publisher={Penerbit UKM},
}

Export Bibliography:


   

Article received:  
Accepted for publication:  
Available online: 

Issue logo

68 (2023)


Share via:


Receive updates when new articles are published