Pelaksanaan Strategi Berasaskan Inovasi ke Arah Transformasi Organisasi dan Masyarakat: Kajian Kes Majlis Amanah Rakyat
Para sarjana dalam bidang ekonomi dan pengurusan telah sekian lama mengiktiraf kepentingan inovasi terhadap pembangunan organisasi dan peningkatan kekayaan dalam masyarakat. Namun, kajian mereka banyak tertumpu kepada aspek hasil inovasi dalam bentuk produk atau perkhidmatan, manakala perbincangan tentang strategi berasaskan inovasi yang didukung sepenuhnya oleh sesebuah organisasi kurang diberi perhatian.Continue Reading