Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Pengurusan Teknologi Industri

Kerja Kursus (Eksekutif)

Separuh Masa : 2-4 tahun

Pengambilan : Mac / September

Pengenalan Program

Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mampu menguasai pengetahuan lanjutan dan kepakaran khusus dalam bidang penurusan teknologi di industri serta mampu menyumbang dan bekerja di persekitaran nasional dan antarabangsa.

Mengapa memilih kursus ini?

  • Memenuhi keperluan MQA
  • Selaras dengan perkembangan ilmu semasa dan memenuhi kehendak industri dan pihakberkepentingan
  • Untuk menghasilkan graduan yang mahir memimpin dan mengurus bagi menangani isu-isu dalamteknologi industri pembuatan yang kompetitif bagi menghadapi cabaran globalisasi

Modul Program

Wajib

  • Keselamatan Industri, Kesihatan dan Alam Sekitar
  • Sistem Pembuatan Termaju
  • Kawalan dan Automasi Pembuatan
  • Pengurusan Risiko dan Analisis Kewangan
  • Pembuatan Lestari
  • Kaedah Penyelidikan dan Inovasi
  • Projek

Elektif

  • Kursus Elektif


Wajib untuk Calon Antarabangsa

  • Bahasa Melayu Bahasa Asing

Syarat Kemasukan

  • Syarat Kemasukan
Syarat Kemasukan
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Ijazah Sarjana Muda Sains (dalam bidang kejuruteraan)atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan PNGK 2.5 ke atas mana-mana universitiyang diiktiraf;


OR;


  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Ijazah Sarjana Muda Sains (dalam bidang kejuruteraan)atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dengan PNGK 2.00 – 2.49 dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang kejuruteraan berkaitan setelah memperolehiijazah untuk pemohon warganegara atau bukti pengalaman kerja mestilah disahkan oleh kedutaannegara masing-masing bagi pemohon bukan warganegara.

OR;

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (bukan dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi(bukan dalam bidang kejuruteraan) dengan PNGK minima 3.00 dari mana-mana universiti yangdiiktiraf;

OR;

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (bukan dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi(bukan dalam bidang kejuruteraan) dengan PNGK 2.99 ke bawah dari mana-mana universiti yangdiiktiraf dan mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang kejuruteraan berkaitan setelahmemperolehi ijazah berkenaan untuk pemohon warganegara atau bukti pengalaman kerja mestilahdisahkan oleh kedutaan negara masing-masing bagi pemohon bukan warganegara;

OR;

Memenuhi kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) bagicalon warganegara sahaja:

a) berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan;

b) lulus diploma dalam bidang berkaitan atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya olehKerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti;

c) kelayakan lain yang setara; DAN

d) memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF


  • English Language Requirements
English Language Requirements

Bagi calon antarabangsa, keperluan Bahasa Inggeris mestilah :

  1. memenuhi syarat skor atau band minimum 550 (TOEFL) / 5.5 (IELTS) / Tahap 3 (MUET); ATAU
  2. mengikuti dan lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP).

Fees

Warganegara

Yuran
Separuh Masa

Semester pertama

RM6100.00

Semester seterusnya

RM5300.00

Bukan Warganegara

Yuran
Separuh Masa

Semester pertama

RM9150.00

Semester seterusnya

RM7950.00

Any enquiry please contact

EN. MOHD AKMAL HARITH BIN MOHAMMAD HANAFIAH

Eksekutif Pemasaran / Marketing Executive

marketingpkp@ukm.edu.my

PROF. MADYA DR. SALLEHUDDIN MOHAMED HARIS

Penyelaras Program / Programme Coordinator

sallehmh@ukm.edu.my

wpChatIcon