Lawatan Penandaarasan Fakulti Pendidikan (FPend)
Lawatan Penandaarasan Fakulti Pendidikan (Fpend) ke Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)
24 September 2024 | Selasa | 2.30 petang | Bilik Mesyuarat Watan, Aras 2, Bangunan Akademik FKAB
Barisan pengurusan FKAB yang terdiri dari Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman (Dekan), barisan Timbalan Dekan, Ketua Pentadbiran, Penyelaras JKKP dan barisan pegawai menyambut baik kehadiran Delegasi Pengurusan FPendidikan yang merupakan fakulti paling dekat dengan FKAB.
Delegasi Pengurusan FPendidikan diketuai oleh Prof. Dr. Mahzan Awang, Dekan Fakulti Pendidikan, barisan Timbalan Dekan dan Penolong Dekan serta bari pegawai.
Lawatan ini merupakan peluang yang baik untuk pertukaran pengetahuan, pengalaman dan maklumat antara kedua-dua fakulti. Selain itu, Delegasi FPendidikan dibawa melawat infrastruktur dan fasiliti yang ada dan bagaimana ia menyokong proses pembelajaran. Delegasi turut di bawa ke Kedai Cenderahati FKAB, Makmal Industri Pengajaran Terbenam Siemens UKM-NI dan Cafe Santai D’Tepian.
Diakhiri, dengan sesi perbincangan dua hala bagi membincangkan cabaran dan kejayaan yang dihadapi dalam meningkatkan kelestarian infrastruktur dan fasiliti yang terdapat di Fakulti Pendidikan.
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina amat berterima kasih atas kesudian lawatan penandaarasan dari Fakulti Pendidikan ini.