Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Kejuruteraan Mekanikal

Secara Kerja Kursus

Sepenuh Masa : 1½ -2 tahun

Separuh Masa : 2-4 tahun

Pengambilan : Semester 1 (September)

Pengenalan Program

Program Sarjana Kejuruteraan Mekanikal ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan sebagai program kerja kursus. Program ini meliputi kursus-kursus teras bidang kejuruteraan mekanikal iaitu termobendalir, mekanik gunaan, bahan dan proses termaju. Dalam kursus-kursus tersebut, pelajar didedahkan kepada trend dan isu terkini dalam bidang yang dipelajari. Pelajar turut didedahkan kepada pengurusan penyelidikan dan aspek keusahawanan.

Mengapa memilih kursus ini?

Program ini dibangunkan supaya bersifat fleksibel untuk membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang dipilih. Untuk setiap modul, pelajar berpeluang menimba ilmu dan berinteraksi dengan pensyarah yang merupakan pakar bidang. Selain itu, pembelajaran dan penyelidikan disokong oleh prasarana yang baik di jabatan.

Modul Program

Wajib

  • Kaedah Penyelidikan untuk Sains dan Teknologi
  • Kaedah Komputeran Kejuruteraan
  • Instrumentasi Termaju
  • Sistem Tenaga Terma
  • Teknologi Metalurgi dan Rekabentuk Aloi Lanjutan
  • Projek Penyelidikan

Elektif

  • Kursus Elektif
  • Elektif Keusahawanan


Wajib untuk Calon Antarabangsa

  • Bahasa Melayu Bahasa Asing

Syarat Kemasukan

  • Syarat Kemasukan
Syarat Kemasukan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (PNGK 2.5 ke atas atau yang setara dengannya) dari mana-mana universiti yang diiktiraf.


OR;


  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau dalam bidang berkaitan atau yang setara dengannya (PNGK 2.00 – 2.49) boleh diterima bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi.

OR;


  • Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (selain bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (selain bidang kejuruteraan) (PNGK minima 3.00) dari mana-mana universiti yang diiktiraf.


OR;

  • Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (selain bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (selain bidang kejuruteraan) dari mana-mana universiti yang diiktiraf (PNGK kurang 3.00) boleh diterima bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi.

OR;

  • Memenuhi kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) untuk calon warganegara sahaja:


  1. berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan
  2. lulus Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal atau bidang lain berkaitan, dan kelayakan tersebut setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat
  3. kelayakan setaraf lain; DAN
  4. mempunyai sijil MQA APEL dengan MQF Tahap 7

  • English Language Requirements
English Language Requirements
  • skor minimum 5.5 untuk IELTS atau setara dengan mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common Europeon Framework of Reference (CEFR) seperti yang diluluskan oleh Senat ATAU
  • Surat pengesahan kelayakan akademik yang diperoleh menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang dikeluarkan oleh Universiti berkenaan ATAU
  • Calon yang belajar dari negara yang diwartakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi (rujuk The International Academic Grade Guide 2nd Edition)

Fees

Find out more about fees here.

Any enquiry please contact

EN. MOHD AKMAL HARITH BIN MOHAMMAD HANAFIAH

Eksekutif Pemasaran / Marketing Executive

marketingpkp@ukm.edu.my


IR. DR. MOHAMMAD RASIDI MOHAMMAD RASANI

Penyelaras Program / Programme Coordinator

rasidi@ukm.edu.my

wpChatIcon