Tugas sebagai pensyarah Ð bukan sekadar mengajar

 

1. PENGAJARAN

 

Pengajaran di universiti meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Kaedah pengajaran yang baik ialah dengan mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Justeru itu, setiap pensyarah harus memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar yang canggih dan menarik.

 

contoh |senarai|website| Apple Distinguished Educator | Apple Teacher | Microsoft Educator Center |

 

 

2.PENYELIAAN & PEMERIKSA TESIS

 

Tugasan penyeliaan dan pemerikasaan tesis merupakan tugasan yang boleh membantu seseorang pensyarah untuk mengembangkan idea dan ilmu menerusi penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar diperingkat prasiswazah dan pascasiswazah. Menerusi penyeliaan, sesorang pensyarah dikehendaki untuk memantau dan memberi garis panduan penyelidikan di samping membantu untuk mencambahkan lagi penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar.

 

contoh |theses|

 

 

3. PENYELIDIKAN

 

UKM adalah sebuah universiti penyelidikan yang sentiasa meningkatkan kualiti penyelidikannya dari semasa ke semasa. Sungguhpun terdapat pusat-pusat penyelidikan khas dalam bidang-bidang tertentu di UKM, namun penglibatan pensyarah dalam bidang penyelidikan adalah sangat penting. Penyelidikan adalah antara tugasan wajib seorang pensyarah. Penyelidikan yang mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan dan kecemerlangan dalam pendidikan menyebabkan seorang pensyarah itu perlu melibatkan diri dalam program penyelidikan bagi memberi sumbangan dan berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing.

 

Bagi setiap penyelidikan, pelbagai peranan dimainkan oleh seseorang pensyarah. Suatu kumpulan penyelidikan biasanya mempunyai Ketua Projek yang bertanggungjawab mengawal dan memastikan kelancaran suatu projek penyelidikan, di samping memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang dicadangkan serta dilaksankan dengan kos yang telah diperuntukkan.

 

contoh |senarai | EU Horizon 2020 |

 

 

4. PERUNDINGAN

 

Perundingan yang dijalankan oleh pensyarah bertujuan untuk membantu industri-industri bagi menyelesai atau mengurangkan masalah disamping memperkenalkan kaedah penyenggaraan atau pemprosesan terkini untuk digunakan oleh industri-industri tempatan. Selain itu, perundingan yang dilakukan turut membantu penyelidik dan industri bagi memilih teknik yang sesuai untuk simulasi dan meramal sesuatu keadaan komponen atau struktur.

 

contoh |senarai|

 

 

5. PENERBITAN BUKU/ JURNAL/ PERSIDANGAN/ SEMINAR/ TEKNIKAL

 

Ilmu dan teknologi sentiasa berubah seiring dengan zaman. Sebagai seorang pensyarah di universiti penyelidikan, tugas penyelidik menjadi salah satu keutamaan. Penambahan dan penemuan ilmu-ilmu baru atau yang sedia ada perlu dizahirkan dalam bentuk penulisan yang mampu untuk dikongsi, dihujah, dibincang bersama dengan ahli-ahli penyelidik yang lain. Penulisan dalam jurnal dan adalah makalah terbaik yang memaparkan basil penyelidikan clan teknologi terkini dalam dunia semasa selain penerbitan persidangan, seminar atau sebagainya yang sentiasa membincangkan dan membahaskan ilmu-ilmu dan basil penyelidikan terkini.

 

Contoh | senarai | UKM Sarjana | Google Scholar |

 

 

6. PENYERTAAN SEMINAR/PERSIDANGAN

 

Seseorang pensyarah juga perlu menghadiri seminar dan persidangan bagi melihat perkembangan dan kemajuan dalam bidang yang diceburi. Daripada aktiviti seperti ini, pensyarah berpeluang menambah pengetahuan atau idea tentang perkembangan penyelidikan dan kajian-kajian lanjut yang sentiasa dijalankan dengan pesat samada di dalam negara atau di luar negara.

 

Perkongsian idea dan maklumat-maklumat baru inilah yang menyokong perkembangan berterusan dunia pendidikan. Ia seterusnya akan diserap dalam bidang pengajaran dan digunakan untuk kajian-kajian yang sedang atau yang akan dijalankan di jabatan.

 

Contoh | senarai | ESREL 2019 | Apple Talk during Pendamic |

 

 

7. REKACIPTA

 

Dari masa ke semasa, pelbagai pertandingan rekacipta dianjurkan di pelbagai peringkat samaada secara berkala atau tidak. Dalam aktiviti ini, seseorang pensyarah juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan menyumbangkan idea yang berkaitan bagi menghasilkan suatu ciptaan atau inovasi. Suatu rekacipta yang dihasilkan mungkin adalah alat,perkara atau benda yang barn atau pun mempunyai ciri dan kualiti yang lebih baik daripada yang sedia ada.

 

Contoh |senarai|

 

 

8. PENTADBIRAN UNIVERSITI/ FAKULTI/ JABATAN

 

Tanpa pengurusan dan pentadbiran yang mantap, apa yang dirancang akan gagal dan memungkinkan kerosakan. Pensyarah juga perlu melibatkan diri dalam pentadbiran pihak pengurusan samaada peringkat universiti, fakulti mahupun jabatan. Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki, khidmat pensyarah amat ditagih bagi melancarkan perjalanan, pengurusan dan selok-belok pentadbiran.

 

contoh |senarai| AktivUKM |

 

 

9. JARINGAN ANTARABANGSA/TEMPATAN

 

Jaringan antarabangsa bermaksud menjalinkan hubungan yang baik samaada secara rasmi atau tidak rasmi dengan dunia luar demi mencapai suatu matlamat atau objektif tertentu yang hampir sama. Dengan cara ini, matlamat dan perkembangan terbaru dapat diperolehi dengan lebih cepat selain mampu memantau dan menilai prestasi semasa jabatan. Seorang pensyarah mungkin menjadi ahli, jawatankuasa, pemerhati atau kakitangan separuh masa sesuatu pertubuhan antarabangsa/tempatan. Beliau kernudiannya memainkan peranan yang diberikan mengikut keperluan.

 

contoh |senarai|

 

 

10. KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA/ KEBANGSAAN

 

Seluruh warga masyarakat tidak kira segenap lapisan pasti telah rnenyumbang sesuatu secara langsung atau tidak langsung kepada perjalanan kejayaan hidup seseorang termasuklah seorang pensyarah. Maka sewajarnya seorang pensyarah juga patut rnenyumbangkan sesuatu sepenuhnya mengikut kepakaran dan kemampuan yang ada pada dirinya kepada masyarakat setempat atau antarabangsa. Sumbangan itu mungkin mampu membangunkan dan mengubah masyarakat setempat dan global dan secara tidak langsung tempias sumbangan itu pasti akan kembali kepada diri kita.

 

Contoh |senarai|

 

 

11. KEPENTINGAN MENGANGGOTAI BADAN PROFESIONAL

 

Kekuatan sesebuah organisasi bergantung kepada kuatnya ahli di dalam organisasi tersebut. Keanggotaan dalarn badan-badan profesional yang berkaitan marnpu memberikan kita satu panduan hala tuju yang jelas. Selain itu, penyertaan badan profesional mampu mewujudkan satu rangkaian khusus suatu kumpulan yang mempunyai bidang, minat atau kepakaran yang sama dalam membincangn, berhujah dan mempertahankan kepentingan badan professional bersama. Selain rnewujudkan rangkaian jalinan yang luas, suatu platform perbincangan secara professional dapat dizahirkan dan kebajikan ahli secara tidak langsung akan terjaga.

 

Contoh |senarai|

 

Copyright © 2008 kamal

updated 27 May 2020

counter free