LAPORAN MENGENAI PERSEPSI

GRADUAN KEJURUTERAAN DAN IBU BAPA

BERDASARKAN OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM KEJURUTERAAN

 

 

1.0       PENGENALAN

 

Satu kaji selidik mengenai penilaian graduan kejuruteraan dan ibu bapa telah dijalankan berdasarkan objektif pendidikan di Fakulti Kejuruteraan, Bangi bagi kesemua program kejuruteraan yang sedang dijalankan. Kaji selidik ini meliputi kesemua graduan dari empat jabatan di Fakuti Kejuruteraan iaitu Jabatan Awam dan Struktur (JKAS), Jabatan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES), Jabatan Kimia dan Proses (JKKP) serta Jabatan Mekanik dan Bahan (JKMB) kecuali Jabatan Senibina.

 

 

2.0              OBJEKTIF KAJI SELIDIK

 

Berikut adalah merupakan objektif bagi kaji selidik yang telah dijalankan:

 

 (i)  Mengukur persepsi graduan kejuruteraan terhadap objektif pendidikan Program Kejuruteraan

(ii)    Mengukur persepsi graduan kejuruteraan bagi tahun sebleum 2005 dan tahun 2005 terhadap objektif pendidikan Program Kejuruteraan

(iii)   Mengukur persepsi ibu bapa graduan kejuruteraan terhadap objektif pendidikan Program Kejuruteraan

 

 

3.0              METODOLOGI KAJI SELIDIK

 

Seramai 67 graduan dan 8 ibu bapa graduan telah diminta untuk mengisi borang kaji selidik dan selepas ini disebut sebagai “responden”. Responden ini diberikan satu set soalan kaji selidik yang telah direkabentuk dengan tujuan untuk memperolehi, selain daripada data mengenai profil dan penilaian responden mengenai objektif pendidikan ini. Apa yang dimaksudkan dengan objektif pendidikan ialah pernyataan yang menerangkan apakah pencapaian graduan selepas beberapa tahun lulus dari fakulti dan bekerja sebagai jurutera.

 

 

4.0              DAPATAN KAJI SELIDIK

 

Perbincangan hasil penemuan  kaji selidik ini dibahagikan mengikut perbincangan mengenai

(i)      profil responden

            -           mengikut  jantina

            -           mengikut bangsa

(ii)     penilaian responden graduan berdasarkan tahap persetujuan dan tahap percapaian mengenai objektif pendidikan Program Kejuruteraan

(iii)    penilaian responden ibu bapa berdasarkan tahap persetujuan mengenai objektif pendidikan Program Kejuruteraan

 

Bagi kenyataan-kenyataan positif mengenai  persepsi “tahap persetujuan” responden terhadap objektif pendidikan program kejuruteraan memerlukan jawapan dalam skala Likert 5-titik (sangat setuju, setuju, neutral, tidak setuju, sangat tidak setuju). Manakala kenyataan-kenyataan positif mengenai persepsi pencapaian objektif pendidikan pula,  iaitu peratusan (kadar) responden yang menyatakan objektif-objektif tersebut sangat tercapai dan tercapai juga memerlukan jawapan dalam skala Likert 5-titik (sangat tercapai, tercapai, neutral, tidak tercapai dan sangat tidak tercapai).

 

 

4.1       Profil Responden

 

Daripada 67 jumlah responden, seramai 47 responden merupakan graduan tahun 2005 manakala selebihnya merupakan graduan sebelum tahun 2005. Manakala, hanya 10 responden sahaja yang mewakili ibu bapa graduan.

 

 

4.1.1    Profil Graduan

 

Berdasarkan daripada responden graduan tahun 2005, ia meliputi dari empat jabatan, iaitu seramai 17 (36.17% responden) dari JKEES, diikuti responden dari JKMB seramai 15 (31.91%) responden, 9 responden (19.15%) dari JKAS dan 6 responden (12.77%) dari JKKP. Daripada jumlah ini, 91.9% merupakan responden berbangsa Melayu, manakala 6.38% merupakan responden berbangsa Cina dan hanya 2.13% respondenyang berbangsa India. Taburan bagi bilangan responden ini ditunjukkan dalam Jadual 1a.

 

Sejumlah 20 responden graduan sebelum tahun 2005 juga meliputi empat jabatan iaitu JKAS dan JKEES seramai 3 responden (15%) masing-masing, JKKP seramai 4 responden(20%) dan JKMB seramai 10 responden (50%). Jumlah ini adalah terdiri dari 90% lelaki dan 10% perempuan. Sebahagian besar responden adalah Melayu (85%) dengan selebihnya berbangsa India (10.0%) dan bumiputera Sabah dan Sarawak (5 %).  Bilangan responden mengikut bangsa dan jantina bagi setiap jabatan dipaparkan dalam Jadual 1b.

 

 

Jadual 1a: Bilangan Dan Peratus Responden Graduan Tahun 2005 Mengikut Jabatan, Jantina Dan Bangsa

Jabatan

Jantina

Jumlah

Bangsa

Lelaki

Perempuan

Bil

%

Melayu

Cina

India

Bumiputera Sabah dan Sarawak

Lain-lain

JKAS

3

6

9

19.15

8

0

1

0

0

JKEES

5

12

17

36.17

17

0

0

0

0

JKKP

6

0

6

12.77

3

3

0

0

0

JKMB

11

4

15

31.91

15

0

0

0

0

Jumlah

25

22

47

100

43

3

1

0

0

Jabatan

Pecahan dalam setiap jabatan (%)

 

 

Pecahan dalam setiap jabatan (%)

 

 

JKAS

33.33

66.67

 

 

88.89

0.00

11.11

0.00

0.00

JKKES

29.41

70.59

 

 

100

0.00

0.00

0.00

0.00

JKKP

100

0.00

 

 

50.00

50.00

0.00

0.00

0.00

JKMB

73.33

26.67

 

 

100

0.00

0.00

0.00

0.00

Jumlah

53.19

46.81

 

 

91.49

6.38

2.13

0.00

0.00

 

 

 

Jadual 1b: Bilangan Dan Peratus Responden Graduan Sebelum Tahun 2005 Mengikut Jabatan, Jantina Dan Bangsa

Jabatan

Jantina

Jumlah

Bangsa

Lelaki

Perempuan

Bil

%

Melayu

Cina

India

Bumiputera Sabah dan Sarawak

Lain-lain

JKAS

3

0

3

15

2

0

1

0

0

JKEES

3

0

3

15

2

0

0

1

0

JKKP

2

2

4

20

4

0

0

0

0

JKMB

10

0

10

50

9

0

1

0

0

Jumlah

18

2

20

100

17

0

2

1

0

Jabatan

Pecahan dalam setiap jabatan (%)

 

 

Pecahan dalam setiap jabatan (%)

 

 

JKAS

100

0

 

 

66.67

0

33.33

00

0

JKEES

100

0

 

 

66.67

0

0

33.33

0

JKKP

50

50

 

 

100

0

0

0

0

JKMB

100

0

 

 

90

0

10

0

0

Jumlah

90

10

 

 

85

0

10

5

0

 

Rajah 2a: Peratus Graduan 2005 Yang Telah Bekerja

 

 

Rajah di atas menunjukkan peratus responden tahun 2005 yang telah bekerja. Berdasarkan kepada carta pai di atas, seramai 16.28% (7 daripada 47 responden) JKAS telah mendapat pekerjaan dan hanya 2 responden (50%) masih tidak bekerja dan JKEES pula seramai 15 responden (34.88%) telah mendapat pekerjaan. Manakala kesemua responden dari JKKP dan JKMB telah mendapat pekerjaan dengan masing-masing 13.95% dan 34.88% daripada 47 responden.

Rajah 2b: Peratus Graduan Sebelum 2005 Yang Telah Bekerja

 

 

Rajah 2b menunjukkan peratus graduan sebelum 2005 yang telah mendapat pekerjaan.

Dapat dilihat daripada rajah tersebut, kesemua responden (15.99% masing-masing) dari JKAS dan JKEES telah mendapat pekerjaan. Manakala responden dari JKKP juga kesemuanya telah mendapat pekerjaan iaitu seramai 4 responden (21.05%) dan 9 (47.37% daripada 10 responden) dari JKMB yang telah bekerja. Daripada kesemua responden, hanya seorang responden dari JKMB yang masih belum bekerja kerana telah menyambung pekerjaan.

 

Daripada kaji selidik, didapati bahawa pendapatan responden tahun 2005 adalah di antara julat RM 4000 dan ke bawah. Bagi responden JKAS, mereka hanya memperolehi pendapatan di antara RM 2000 dan ke bawah iaitu seramai 7 responden (28%). Manakala JKMB mrupakan peratusan tertinggi responden yang memperolehi pendapatan antara RM 2001 hingga RM 4000 iaitu sebanyak 50% (8 responden) dan sebanyak 36% memperolehi pendapatan dari RM 2000 dan ke bawah. Ini diikuti responden dari JKEES dan JKKP iaitu masing-masing sebanyak 25% (masing-masing seramai 4 responden). Manakala bagi jumlah pendapatan dari RM 2000 dan ke bawah, JKEES merupakan responden yang terbanyak iaitu 36% (9 responden). JKKP pula merupakan jabatan yang mempunyai responden yang terendah memperolehi julat pendapatan dari RM 2000 dan ke bawah iaitu sebanyak 8% (2 responden). Sila rujuk Rajah 3a.

 

Manakala responden sebelum 2005 memperolehi jumlah pendapatan yang agak stabil. Majoriti daripada responden memperolehi pendapatan antara RM 2001 hingga RM 4000 iaitu seramai 9 responden (52%), diikuti julat pendapatan dari RM8001 dan ke atas iaitu seramai 4 (6%), dan jumlah pendapatan dari RM 6000 hingga RM 8000 seramai 2 responden (12%). Pendapatan antara RM 2000 dan ke bawah serta RM 4001 hingga RM 6000 seramai 1 responden (12%) masing-masing. Rujuk Rajah 3b.

 

 

Rajah 3a: Peratus Pendapatan Responden 2005

 

 

Rajah 3b: Peratus Pendapatan Responden Sebelum 2005

 

 

4.1.2        Profil Responden Ibu Bapa Graduan

 

Daripada jumlah responden ibu bapa yang menjawab borang kaji selidik ini, hanya seorang responden yang berbangsa India dan yang selebihnya adalah responden berbangsa Melayu. Jadual yang berkaitan dengan responden ibu bapa graduan ditunjukkan dalam Rajah 4.

Rajah 4: Bilangan Responden Ibu Bapa Graduan Berdasarkan Bangsa dan Bidang Pekerjaan

 

 

4.2              Penilaian Responden Terhadap Objektif Pendidikan Program Kejuruteraan           

 

Berdasarkan objektif pendidikan Program Kejuruteraan, hampir kesemua responden memberikan tahap peratusan persetujuan yang tinggi. Ini dapat dilihat dari Rajah 5 yang menunjukkan tahap peratusan persetujuan responden.

 

Dapat dilihat dari carta palang tersebut, ibu bapa graduan mencatatkan peratusan persetujuan yang tinggi terhadap objektif pertama iaitu sebanyak 87.5% (7 daripada 8 responden), diikuti graduan tahun 2005 sebanyak 85.11% (40 daripada 47 responden) dan 80% (16 daripada 20 responden) graduan sebelum tahun 2005 bersetuju dengan objektif tersebut.

 

Rajah 5: Peratus Persetujuan Responden Terhadap Objektif Pembelajaran

 

KEKUNCI:

O1:  Untuk menghasikan graduan yang mempunyai ilmu asas yang mencukupi untuk berperanan   sebagai seorang jurutera dengan cekap

O2:  Untuk menghasilkan graduan yang memahami, bersikap profesional dan beretika terhadap kewajipannya kepada Pencipta, pelanggan dan masyarakat.

O3: Untuk menghasilkan graduan yang akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang kejuruteraan dan dalam masa yang sama mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

O4: Untuk menghasilkan graduan garduan yang mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerja antarabangsa/global.

O5: Untuk menghasilkan graduan yang mampu memimpin organisasi kejuruteraan berdasarkan ilmu dan pengalaman.

O6: Untuk menghasilkan graduan yang mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan samada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing.

 

 

Bagi objektif kedua, tahap peratusan persetujuan bagi graduan tahun 2005 sebanyak 87.23% (41 responden), graduan sebelum tahun 2005 sebanyak 80.00% (16 responden), manakala ibu bapa mencatatkan tahap persetujuan sebanyak 75.00% iaitu seramai 6 responden. Untuk objektif ketiga, seramai 31 (65.98%) graduan tahun 2005 yang bersetuju dengan objektif ini, 17 (85.00%) dicatatkan oleh graduan sebelum tahun 2005 yang bersetuju manakala ibu bapa memberikan jumlah peratusan persetujuan yang tinggi iaitu sebanyak 87.50% (7 responden).

 

 

Didapati bahawa kesemua bersetuju dengan pernyataan positif keempat di mana mereka bersetuju bahawa fakulti berjaya menghasilkan yang mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerja di peringkat antarabangsa ataupun global. Graduan tahun 2005 memberikan persetujuan yang agak tinggi iaitu 78.72% (37 responden). Ini diikuti sebanyak 75.00%, masing-masing dicatatkan oleh graduan sebelum 2005 (15 responden) dan ibu bapa (6 responden).

 

Bagi pernyataan positif kelima, di mana fakulti berupaya menghasilkan graduan yang mampu memimpin organisasi kejuruteraan pula menunjukkan kadar persetujuan yang tinggi di kalangan graduan sebelum tahun 2005 dan ibu bapa. Statistik menunjukkan graduan sebelum tahun 2005 memberikan persetujuan sebanyak 90.00% (18 responden), diikuti oleh ibu bapa sebanyak 87.50% (7 responden) dan 74.47% (37 responden) graduan tahun 2005 yang bersetuju dengan pernyataan itu,

 

Bagi pernyataan keenam pula, statistik menunjukkan graduan sebelum tahun 2005 mencatatkan tahp persetujuan yang tinggi di kalangan responden iaitu sebanyak 85.00% (17 responden), diikuti oleh graduan tahun 2005 sebanyak 78.72% (37 responden) dan 75.00% (6 responden) dipersetujui oleh ibu bapa.

 

 

4.3              Penilaian Pencapaian Objektif Pendidikan

 

Berdasarkan objektif pendidikan, pihak fakulti ingin mengetahui sejauh mana para graduan sebelum tahun 2005 telah mencapai objektif-objektif tersebut. Taburan tahap pencapaian para graduan sebelum tahun 2005 ditunjukkan dalan Rajah 6. [Sila Rujuk Rajah 6]

 

Jika dilihat Rajah 6, didapati bahawa kesemua objektif pendidikan Fakulti Kejuruteraan tercapai. 70.00% (14 orang) graduan sebelum tahun 2005 menjawab bahawa objektif  pertama pendidikan fakulti tercapai, iaitu fakulti berjaya menghasilkan graduan yang mempunyai ilmu asas yang mencukupi untuk berperanan sebagai seorang jurutera dengan cekap.

 

 

Rajah 6: Bilangan dan Peratusan Percapaian Graduan Sebelum Tahun 2005 Terhadap Objektif Pendidikan

 

KEKUNCI:

O1:  Untuk menghasikan graduan yang mempunyai ilmu asas yang mencukupi untuk berperanan   sebagai seorang jurutera dengan cekap

O2:  Untuk menghasilkan graduan yang memahami, bersikap profesional dan beretika terhadap kewajipannya kepada Pencipta, pelanggan dan masyarakat.

O3: Untuk menghasilkan graduan yang akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang kejuruteraan dan dalam masa yang sama mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

O4: Untuk menghasilkan graduan garduan yang mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerja antarabangsa/global.

O5: Untuk menghasilkan graduan yang mampu memimpin organisasi kejuruteraan berdasarkan ilmu dan pengalaman.

O6: Untuk menghasilkan graduan yang mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan samada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing.

 

Manakala, untuk objektif pendidikan kedua, iaitu untuk menghasilkan graduan yang memahami, bersikap professional dan beretika terhadap kewajipan kepada Pencipta, pelanggan dan masyarakat, sebanyak 75.00% (15 orang) graduan sebelum tahun 2005 menjawab bahawa objektif tersebut tercapai. Untuk objektif ketiga, sebanyak 65.00% (13 orang) menjawab objektif pendidikan tersebut tercapai. Ini bermakna fakulti berjaya menghasilkan graduan yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai medium perantaraan.

 

Dari rajah tersebut juga, didapati sebanyak 70.00% (14 orang) graduan menyatakan objektif keempat, iaitu fakulti mampu menghasilkan graduan yang mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerja di peringkat antarabangsa, tercapai. Peratusan pencapaian objektif kelima juga sebanyak 70.00% (14 orang) graduan yang bersetuju menyatakan objektif tersebut tercapai. Manakala, sebanyak 65.00% (13 orang) graduan menjawab objektif keenam, iaitu graduan mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan.

 

4.4              Penilaian Pencapaian Hasil Pembelajaran

 

Untuk bahagian ini, pihak fakulti ingin mengetahui persepsi para graduan mengenai tahap pencapaian hasil-hasil pembelajaran bagi kesemua program kejuruteraan. Ini dapat dilihat dalam Rajah 7. [Sila rujuk kekunci untuk pernyataan hasil pembelajaran.]

 

Berdasarkan Rajah 6, sebanyak 82.98% (39 responden) graduan tahun 2005 dan 80.00% (16) graduan sebelum tahun 2005 bersetuju bahawa pernyataan positif hasil pembelajaran pertama tercapai. Ini menunjukkan bahawa mereka berkebolehan dalam mendapatkan dan mengaplikasi ilmu asas sains dan kejuruteraan. Untuk pernyataan positif hasil pembelajaran kedua, sebanyak 70.21% (33) graduan tahun 2005 manakala 80.00% (16) graduan sebelum tahun 2005 menjawab bahawa hasil pembelajaran tersebut tercapai. Untuk hasil pembelajaran ketiga pula, hanya 51.06% (24) graduan tahun 2005 manakala sebanyak 70.00% (14) graduan sebelum tahun 2005 bersetuju menyatakan bahawa hasil pembelajaran tersebut tercapai. Hasil pembelajaran keempat pula menunjukkan sebanyak 70.21% (33) dan 70.00% (14) masing-masing bersetuju bahawa ia tercapai. Rajah 6 juga menunjukkan bahawa 63.83% (30) graduan tahun 2005 dan hanya 50.00% (10) graduan sebelum tahun 2005 menyatakan hasil pembelajaran kelima tercapai.

 

Berdasarkan statistik yang diperolehi, sebanyak 74.47% (35) graduan tahun 2005 dan 85.00% (17) graduan sebelum tahun 2005 menyatakan bahawa pernyataan hasil pembelajaran keenam tercapai. Seramai 87.23% (41) dan 85.00% (17) para graduan masing-masing menyatakan bahawa mereka memahami tanggungjawab dan etika sebagai seorang jurutera professional dan ini membuktikan hasil pembelajaran tersebut tercapai.

 

Rajah 7: Persepsi Responden Terhadap Hasil Pembelajaran

 

KEKUNCI:

C1:  Saya berkebolehan untuk mendapatkan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan asas sains dan kejuruteraan.

C2:  Saya berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif bukan sahaja dengan para jurutera, malahan juga dengan masyarakat umum.

C3:    Saya mempunyai kemahiran teknikal yang mendalam dalam bidang pengkhususan masing-masing.

C4:    Saya berkebolehan untuk mengenal pasti masalah kejuruteraan serta mendapatkan penyelesaian bagi masalah tersebut.

C5:    Saya berkebolehan untuk menggunakan pendekatan sistem dalam merekabentuk dan menilai prestasi operasi.

C6:    Saya berkebolehan untuk berfungsi secara efektif secara individu dan di dalam kumpulan dengan kemampuan untuk menjadi ketua atau pengurus, begitu juga sebagai seorang ahli kumpulan yang efektif.

C7:    Saya memahami tanggungjawab dan etika sebagai seorang jurutera professional dalam aspek sosial, budaya, global dan alam sekitar serta keperluan bagi pembangunan lestari.

C8:    Saya mempunyai jangkaan terhadap keperluan untuk menjalani pembelajaran berterusan, dan mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian.

C9:    Saya berkebolehan merekabentuk dan menjalankan ujikaji, serta mampu menganalisa dan mengfinteprestasikan data.

C10:  Saya berkebolehan untuk berfungsi dalam kumpulan pelbagai disiplin.

C11:  Saya mempunyai pengetahuan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidang saya.

C12:  Saya berkebolehan untuk menggunakan teknik-teknik, kemahiran dan alat-alat moden dalam amalan kejuruteraan.

 

 

Untuk pernyataan hasil pembelajaran kelapan pula, sebanyak 82.98% (39) graduan tahun 2005 dan 75.00% (15) graduan sebelum tahun 2005 menyatakan bahawa hasil pembelajaran tersebut tercapai. Namun, hanya 57.45% (27) graduan tahun 2005 dan 65.00% (13) graduan sebelum tahun 2005 menjawab bahawa hasil pembelajaran kesembilan tercapai. Manakala, seramai 87.23% (41) graduan tahun 2005 menjawab yang mereka berkebolehan untuk berfungsi dalam kumpulan pelbagai disiplin dan hanya 70.00% (14) graduan sebelum tahun 2005 menyatakan hasil pembeljaran tersebut tercapai.

 

Rajah 6 juga menunjukkan untuk hasil pembelajaran kesebelas, iaitu mempunyai pengetahuan tentang isu-isu semasa, sebanyak 65.00% (13) graduan sebelum tahun 2005 dan 59.57% (28) graduan tahun 2005 menyatakan hasil pembelajaran tersebut tercapai. Manakala, sebanyak 76.00% (36) graduan tahun 2005 dan hanya 60.00% (12) graduan tahun 2005 menyatakan bahawa mereka berkebolehan untuk menggunakan teknik-teknik, kemahiran dan alat-alat moden dalam amalan kejuruteraan.

 

5.0       RUMUSAN

 

Berdasarkan keputusan kaji selidik yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa:

(i)                  Seramai 47 graduan tahun 2005 telah disampel, di mana 17 responden daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, 15 responden daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, 9 responden daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Sekitar dan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses hanya 6 responden.

(ii)               Manakala, sejumlah 20 responden graduan sebelum tahun 2005 di mana Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan seramai 10 responden, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses seramai 4 responden dan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Sekitar dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem seramai 3 responden masing-masing.

(iii)               Seramai 10 responden ibu bapa yang menjawab borang kaji selidik ini, hanya seorang responden yang berbangsa India dan yang selebihnya adalah responden berbangsa Melayu.

(iv)              Untuk soalan berkaitan dengan peratus persetujuan responden terhadap objektif pendidikan program Fakulti Kejuruteraan, secara keseluruhannya di kalangan responden graduan tahun 2005 adalah dalam lingkungan 65.96% - 87.23%, manakala selang peratusan 75.00% - 90.00% telah dicatatkan bagi  graduan sebelum tahun 2005. Manakala selang peratusan 75.00% - 87.50% telah dicatatkan oleh responden ibu bapa.

(v)                Berdasarkan analisis tahap pencapaian objektif pendidikan, graduan sebelum tahun 2005 mencatatkan selang peratusan antara 65.00% - 75.00%.

(vi)              Manakala, untuk soalan berkaitan dengan peratus pencapaian hasil pembelajaran terhadap program Fakulti Kejuruteraan, secara keseluruhannya selang pencapaian di kalangan responden graduan tahun 2005 adalah dalam lingkungan 51.06% - 87.23%, manakala selang pencapaian 50.00% - 85.00% telah dicatatkan bagi  graduan sebelum tahun 2005.